Assalammualaikum...
MEE SOTO... itu la sarapan merangkap menu lunch ari ni. pagi2 cari kedai makan tp masih tutup lagi sempena Aidiladha ni. maka kena ringankn la tulang buat 'sarapan' di jam 10 lebih ni. ringkas dan senang jer n k menyediakan bahan dan memasak menu ni.
Bahan2 ;
** untuk kuah **
Bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk halus) Serai (diketuk) Bunga lawang, kulit kayu manis ~ semua ditumis hingga naik bau dan garing ckit. Pastu masukkan ayam dan air. Biarkan mendidih hingga ayam lembut. Masukkan garam. Bila ayam dh lembut, kluarkn bagi sejuk kemudian carik2 kan.
** Mee kuning (dicelur), taugeh dibuang ekornyer, hiris daun sup dan bawang **
** sambal kicap - cili api diblender dan masakkan sekejap bersama sedikit gula **
Haa.... senang dan mudah jer kan. try la...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...