Assalammualaikum semua...
Dh beberapa ari tk edit n3 utk blog kiter ni. ermm... tk de mende yg nk diceritakan. ari ni aktiviti harian berjalan seperti hari2 biasa. tk bnyk yg menarik, cuma telatah dan gelagat anak2 yg menjadi penyeri hidup sehari-hari.
Peperiksaan akhir tahun.... ermmm, mama ngan ayah yg 'kecut perut'. anak2 releks jer macam tk de benda yg penting akan berlaku. tapi sebenarnyer sebulan sebelum menjelang peperiksaan akhir, kiter dh start study ngan wat ulangkaji berhabis-habisan bersama 2 orang anak kiter ni... Muhammad Hazeem dan Farisha Farhanna. masing2 akan menduduki peperiksaan akhir tahun yg akan bermula Ahad, 14 Oktober nanti.
Satu hari satu subjek... aaaiikkk, macam tajuk blog kiter la, 1 hari 1 citer. hahahaha...
Bermula jam 7.30 malam selepas masing2 selesai bersolat Magrib, meja makan akan dibersihkan dan dipenuhi dgn buku2 latihan dan teks utk ulangkaji. itu la rutin harian sehingga ke jam 9 malam. masa tu tv akan ditutup/dikunci utk sementara waktu sehingga abis peperiksaan nanti. bukan apa, klu tk mata tu akan mengadap ke tv dan telinga tu akan mendengar setiap percakapan dalam tv tu. mana nk tumpu pada pelajaran kan...
Peperiksaan akhir ni amat penting utk menentukan kedudukan kelas pada tahun hadapan. klu dh ditempatkan pd kelas pertama, mesti nk kekalkan pretasi. sayangkan klu kena turun kelas nanti. tambahan pula tahun hadapan Muhammad Hazeem akan menduduki UPSR. memang dr tahun ni lagi dh start pantau aktiviti pembelajaran dia. tuisyen2 gak, ulangkaji kt rumah juga perlu... ada masa utk bermain dan ada masa time ulangkaji. nk bagi berhenti 100% bermain, tk boleh gak sbb budak2 lagi kan... bermain tk lari dr aktiviti harian dia orang...
** Ayah punyer turn menemani anak2 mengulangkaji bagi subjek Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Jawi. subjek2 lain semua pass ke mama utk buat pemantauan...
Ok la, untuk anak2 mama dan ayah yg akan menghadapi peperiksaan Ahad nanti... doa mama dan ayah agar semuanyer sucsess & good luck yer. klu lulus dengan cemerlang, nantikan hadiah dr kami...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...