Rabu, 10 Oktober 2012

Imunisasi MMR ~ 1 Tahun



Assalammualaikum...


Petang semalam baru berkesempatan utk ke Klinik Kesihatan Paka, Terengganu bagi imunisasi MMR bagi  bayi yg berusia 1 tahun. terperanjat tengok Klinik Kesihatan yg berubah wajah... bangunan asal yg menempatkan tempat utk pemeriksaan ibu2 mengandung dan klinik kanak2 sedang melakukan proses renovation secara besar-besaran. abih dah atap lama dirobohkan menanti untuk pemasangan atap yg baru. 

Alamak... macam mana ni, mata kiter melilau mencari kemana bahagian klinik kanak2 dipindahkan. ropa-ropanyer.... bahagian klinik ibu2 mengandung dan klinik kanak2 dibuka di tempat parking ambulans Klinik Kesihatan... tergelak kiter apabila kelihatan 3 buah kabin digunakan sebagai tempat pemeriksaan. ala.... ksiannyer Klinik Kesihatan Paka ni. naifnyer terasa macam kt pendalaman pulak.

Kiter menghampiri misi kuanter pendaftaran yg bertugas dan bertanya, "sejak bila mokcik klinik ni bertukar wajah..." lalu makcik misi menjawab, "sebulan dh mek eeiii....". "lagu mana klu ujang tiap2 petang... ujang lebat pulok..."."lagu ni ler...., nk wak gane..." nampak sangat yg kiter ni lama dok mari ke Klinik Kesihatan. yer la sejak bulan 7 puasa tu, appointment utk Harraz Haikal mana ada g. sbb nk timbang berat jer, tu yg rasa malas nk tempuh klinik yg sentiasa ramai pengunjung tu... nk timbang jer kejap jer tapi menunggu giliran berejam-rejam.

Mula2 kena timbang berat dulu, abih lucut semua baju Harraz Haikal... prosuder klinik2 kerajaan. dapat la bacaan perkembangan tumbesaran anak kiter ni. Berat ~ 10.6kg Panjang ~ 83cm Lilitan Kepala ~ 45cm (besar tu, patut la nakal.... hehehehe) berat tu mmg dh nampak susut ckit sbb dh pandai berjalan semakin lasak. tang tinggi tu sampai misi berkata, "panjangnyer mcm bukan budak umur 1 tahun..." agak-agaknyer bila besar tinggi si Harraz Haikal ni, ikut baka ayahnyer. klu ikut baka kiter...errmmm sah2 la 'ayam serama'...

Lepas selesai proses rutin pemeriksaan tiba time utk cuvuk imunisasi pulak... bagus anak bujang kiter ni. time misi cucuk jarum kt lengan sebelah kanannyer tk menangis pun. sampikan misi berkata, "bagus abang ni, kuat tk nangis pun..." ha.... abis jer dengar misi cakap macam tu, time nk cabutkan jarum dia blh menjerit sekuat hati pulak... hahahaha, tergelak besar kiter ngan misi. tk boleh dipuji bagus lalu... Harraz... Harraz...

Tu jer la untuk n3 kali ni. harap semua misi2 yg bertugas di bahagian klinik ibu2 mengandung dan klinik kanak2 harap bnyk2 bersabar dgn proses renovation yg sedang dijalankan. ini semua utk keselesaan semua. diharap nnt bila siap proses renovation, tahap kualiti kerja dan tugas masing2 akan bertambah bagus. tk de la kedengaran lagi, klinik ni lambat la... itu la... ini la...






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer...  ◕‿◕✿





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA