Jumaat, 5 Oktober 2012

Macam ni ker...




Macam ni ker... attitude a.k.a sikap seorang warga pendidik. ketika di halaman ruang sekolah a.k.a dalam tugasan sebagai seorang pendidik,  anda akan kelihatan begitu peramah dan perihatin. akan tetapi diluar tugasan harian... begini citernyer...

Hari ni Jumaat... selesai Solat Jumaat, bersiap-siap utk menghadiri jemputan kenduri kesyukuran daripada seorang jiran yg baru melahirkan seorang puteri... seronok bukan main sbb dh lama rasanyer tak ada jemputan seumpama itu untuk kiter dan keluarga hadiri. setelah selesai bersiap2 maka berangkatlah kami sekeluarga ke destinasi yg nk ditujui. bukan jauh mana pun setakat 15 minit perjalanan. (pergi pun bersama-sama jiran sebelah umah...)

Sesampai di rumah mak jiran kiter ni, terlihat masih ada lagi  jemputan yg masih berada di dalam rumah. dalam hati mungkin kawan2 kerja dia kot. tk per la, selepas beri salam kami pun masuk mengambil tempat dihujung penjuru ruang rumah. yer la tempat yg dikira sesuai la utk jemputan seperti kami ni yg punyai anak2 kecil. tuan rumah semestinyer sedang sibuk dan tak menang tangan, itu dh semestinyer kiter akan faham situasinyer...

Selesai menyiapkan hidangan makanan untuk tetamu2, tuan umah menjemput la kiter supaya makan... Si suami kiter ngan suami jiran kiter ni dduk la bersama sekumpulan lelaki warga pendidik ni (ada la dalam 4-5 org cikgu) utk makan skali dalam satu kumpulan. namun... sekumpulan warga pendidik ni hanya dengan hal masing2 seperti si suami2 ni tak ada bersama kumpulan mereka. langsung tak bertegur sapa, apatah lagi utk menghulurkan senyuman... nk pelawa atau hulurkan lauk pauk jauh sekali. depa makan sambil berborak sesama mereka... 

Pada pandangan kiter la... nampak sangat para warga pendidik ni sombong-sombong belaka. yer la, mereka antara golongan terpelajar, ilmuan berbanding kami ni ibubapa murid-murid depa... klu kiter hadiri aktiviti tahunan sekolah, bukan main ramahnyer dia orang ni. tapi bila kat luar... makk aaiii... tak tahu la royak gane... 

Tapi tk semuanyer macam tu kan... mungkin sebilangan sahaja. jadi jangan terasa yer. tunjukkan la nilai2 murni dalam diri anda sebgai warga pendidik, sama ada di kawasan sekolah mahupun luar kawasan sekolah. 






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer...  ◕‿◕✿









◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA