Jumaat, 30 Ogos 2013

Raya 2013...




Huhuhu... lamanyer tk ber'update' laman blog sesawang Ieda ni... bersawang2 dh sana sini... rasanyer tak terlewat sangatkan untuk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri & Mohon Maaf Zahir Batin...." kepada semua pecinta blogger. Sibuk yang teramat sangat dengan hal anak2, persekolahan anak2 dan biz on9 yang menjadi tambahan punca rezeki buat Ieda sekeluarga... Jom la kawan2 jadi sahabat dan LIKE biz on9 Ieda ~ AleenEisya Eshoppe... hehehe sempat gak nk promote tu...

Berbalik pada Raya 2013... actually sambutan raya untuk tahun agak sederhana. Sebab aper??? Sebab.... anak bujang Ieda ni akan hadapi UPSR selepas raya awal September nanti. So mood raya tu kira 'kureng' la... Seperti tahun sebelum ni, sambutan pagi raya offcozzz la kt umah mak Ieda sendiri. Selepas solat Hari Raya, kami seperti biasa menjamu selera... bermaaf-maafan... pastu bergegas pulang ke kampung En Soami di Jeram, Kuala Selangor... Alhamdulillah tahun ni semua pusara dapat kami kunjungi di pagi Syawal. Bermula dengan pusara arwah mak mertua dan bapa mertua. Kemudian berkonvoi bersama adik2 ipar ke pusara arwah atok di Bukit Kuching pula.

Lepas semua pusara keluarga diziarahi, Ieda sekeluarga memulakan konvoi beramai2 ke rumah pakcik serta makcik sebelah En Soami. Walaupun penat ke hulu ke hilir... namun puas dapat bertemu dan berbual dengan mereka. Anak2 la yang paling seronok... banyak collection di raya pertama ni...

Tetapi... apa yang kurang menyenangkan Ieda, adat kunjung mengunjungi ini semakin tercemar. Tak seperti di zaman kanak2 dahulu cukup meriah dapat bertemu sanak saudara... masa ini juga la kita dapat mengenali sepupu sepapat... dua pupu... tiga pupu kita. Namun dengan zaman yang semakin moden dan serba canggih ini... amalan kunjung mengunjungi ini tak semeriah dahulu. Mana taknyer... rata2 rumah yang Ieda kunjungi, anak2 zaman sekarang lebih melekap mukanyer serta perhatian mereka pada gadjet2 terkini... ipad...iphone...

Malah Ieda lihat sepupu2 ni terlampau menyalihkan perhatian anak2 mereka ke gadget2 agar anak2 ini tidak meragam... menangis dek kerana seharian berkumpul antara satu rumah ker satu rumah. Mak2 dan ayah2 sibuk berbual hal itu ini... si kecil duduk di satu sudut melayan gadjet2 ini. Sampaikan anak2 Ieda ada yang bertanya, "mama, budak yang pakai baju kaler.... tu sapa?? tak pernah nampak pun..." haaaa.... betulkan?? Time2 raya camni la kita nak perkenalkan anak2 kita pada sepupu sepapat mereka. Tambahkan silaturrahim. Yang jauh didekatkan yang dekat dieratkan...

10 tahun akan datang... tak yah 10 la, 5 tahun akan datang...??? Macam mana agaknyer suasana raya kita yer... adakah masih akan terasa kemeriahannyer seperti tahun ini??? Tepuk dada tanyalah...

Kat bawah ni ada sedikit gambar pagi raya...

 Raya tahun ke 2, Harraz Haikal... Tahun ni, tk nk bersalaman tapi wet raya nak...


 Yg ni pulak, adik bongsu yg tetap solo di pagi raya


 Yg ni pula bersama anak buah kesayangannyer merangkap anak jagaan dia tiap kali Ieda pulang ke rumah mak...


 Kenangan amak & abah bersama cucu2...


 Yg ni kira beraya sakan. Kenangan beraya di umah Ak Nal


  Yg ni pulak kt umah adik Ieda, Nurul yg wat makan2 sebelum kami semua pulang ke rumah masing2...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 29 Mei 2013

Lepat Pisangku...




Haa... terliur tak tengok lepat pisang buatan airtangan ku kali pertama... nampak mcm sedapkan???

Lamanyer tak mengemaskini dan menjenguk blog sesawangku ini. Windu!!! Sibuk la beb... hal anak2 sekolah lagi hal rumahtangga lagi hal biz on9 lagi... Giat mencari wang untuk raya nanti... Ok, citer mengenai LEPAT PISANG... Bermula camni,

Tetiba lihat daun pisang yang cantik membesar belakang umah tatkala hujan renyai2 membasahi bumi Paka ni. Terasa pulak seakan nak makan lepat pisang... Teringat pada lepat pisang buatan mak masa jaman kecik2 dulu. Terliurnyer... Lalu terbuka minda untuk menghasilkan lepat pisang buatan sendiri. sedap ni kalau dimakan time2 ujan renyai bersama teh o panas... perrggg....

Lalu misi pun bermula, mengimbas kembali cara2 pembuatannyer sebagaimana yang mak pernah buat dulu. rasanyer mudah, kacang jer ni... ewah2, berlagak... poyo...

Nak meng'confirm'kan betul ker tak, maka ku telefon la mak yang berada di Kajang. Mak pun bila anak dah bertanya, maka diterangkan la satu persatu... Bahan2 yang perlu, pisang (itu penting, kalau tak ada tak jadi nyer lepat pisang), tepung gandum, daun pisang (penting juga, kalau tak nak bungkus ngan aper???), garam, gula dan kelapa parut sikit... Mak kata "kalau nak bagi warna lepat tu cantik, elok letakkan gula merah ckit..." tapi time2 ujan ni terasa malas nak mencari dari kedai ke kedai, maka sekali lagi kiter derhaka juga pada resepi asal turun temurun... kihkihkih, dosanyer...

Dah gaul2 semua dan rasa sikit agak2 sedap maka bermula la operasi membungkus... kemudian kiter pun masukkan lah dalam kukusan... tunggu hingga masak. Nak tahu masak ker tak satu hal lagi... Antar sms ke adik mintak tolong tanya, nak tahu lepat dah masak macam mana... Tak boeh nak telepon sebab kredit dah abis masa menuntut ilmu tadi. hihihi...

Ha, adik balas sms ~ ko cucuk ngan lidi macam masak kek tu. kalau tak melekat dah masak la tu jawapnyer!!!... adussss, macam marah jer dik...releks la... ko pun tepon aku gak tanya macam mana nak masak sardin kan... hahaha...

Setelah hampir sejam lebih berperang diruang dapur comeii uamhku ini, maka... siaplah satu lagi resepi airtangan ku "LEPAT PISANG". Petang tu kita orang sekeluarga menjamu lepat pisang bersama air teh strawberry panas. Ermmm sodap.... Ha, korang reti dak wat lepat pisang???




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Sabtu, 27 April 2013

GIwomi...






Fenomena 'Giwomi' semakin menjadi-jadi di Youtube. Macam-macam video yang diupload masuk, ada saja klip terkini mengenai pergerakan tangan aksi 'giwomi' ini. Artis-artis kita pun tak ketinggalan melakukan aksi comel ini. Tetapi dalam banyak-banyak video 'gowomi' yang pernah Ieda tonton, ada satu video dari sigadis comel bertudung ni, cute comeiii sangat, manja gitu. Nanti Ieda try cari dan uploadkan yer.

http://www.youtube.com/watch?v=A_fSYltOFGo ~ Haaaa, klu nak tonton just click yer link tu


Maksud Qwiyomi
♛ Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute

Penyanyi Asal
♛ Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .

Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands

Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi


Lagi satu, korang perasan tak... iklan Tabung NufNang pun ada 'Giwomi.......'




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA