Assalammualaikum & Selamat Hari Raya Aidiladha...
Huhuhu... raya aji kali ni tk blik umah mak. bukan apa, next week dh nk cuti skolah... nk blik Kajang cuti panjang. tu yg malas nk balik raya ni. maka, beraya la kami sekeluarga kt umah sendiri. ksian kt anak2, yer la... biasanya setiap cuti raya yg ada kt Malaysia ni kita org akan blik kampung... eheheh, blik 'bandar'. terasa gak kesedihan kesayuan bila dengar takbir raya... huhuhu
Untuk tidak membuatkn anak2 terasa kelainan suasana raya, maka kiter berhempas pulas la kt dapur menyiapkn sedikit sebanyak juadah yg biasa anak2 makan di pagi raya. maka terhasil la beberapa juadah yg dikira membuka selera la utk anak2 kiter. dr pukul 3 selepas solat zuhur hinga ke jam 6 ptg... berlari, berjoget, bermaraton kiter di ruang dapur kecik umah kiter ni. sambil2 melayan karenah anak2 yg bermain di luar dapur. riuh gak umah kiter, maklum la ramai yg dh blik ke kampung masing2, sunyi ckit suasana taman suria ni. bergelak tawa menjerit2 dia org bermain kt luar dapur. sekali imbas, ksian tengok anak2 tu, biasa time2 mcm ni depa bersuka ria kt ruang luar umah nenek. bergurau ngan mengacau si nenek yg sedang memasak, teringat jeritan mak memarahi anak2... "jangan berlari main kt sini... nanti termasuk dalam periuk lauk nenek..." haaa... rindu kan...
Errmmm.... nk wat camna. sekali sekala kena berdikari gak macam ni... haaa, ni la dia utk tatapan umum, juadah hari raya yg tk seberapa dr kiter. resepi, semua turun temurun dr mak, Puan Aminah Khalib
Ni la ropanyer kuah kacang dimakan ngan ketupat segera...
Ni pulak, kuah lodeh a.k.a kuah lontong
Haaa... terliur tak tengok rendang ayam resepi turun temurun dr mak, Puan Aminah Khalib
Selamat menjamu selera semua & Selamat Hari Raya Aidiladha
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿





.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...