Isnin, 31 Disember 2012

Hari Terakhir




Pagi Isnin, hujan yang turun sejak subuh lagi... Hari terakhir 2012, owwhhh tak de maknanya... pagi-pagi hari dah sibuk dengan urusan mengemas rumah yang tak surut-surut, mengemas dari blik ke bilik... menyiapkan peralatan sekolah anak-anak untuk esok hari. 

Cepatnya masa berlalu sekarang... Dari awal Muharram sedikit-sedikit telah menginjak ke Safar. Hari ini 31 Disember 2012, esok pula dah ke hari baru tahun baru 1 Januari 2013... Maka meningkatlah umurku lagi setahun. 

Pasti ramai yang sedang bercuti hari inikan, ada yang menghantar anak ke sekolah untuk pendaftaran tahun baru, ada yang sememangnya sedang berjalan-jalan makan angin menghabiskan sisa-sisa cuti tahun yang ada. Aku??? macam biasa la duduk di rumah, kemas-kemas rumah, masak-masak pastu menonton tv sambil melayan karenah anak-anak. Sebenarnya malas nak berjalan ke mana-mana sebab esok bermula la hari yang akan mnyibukkan diri ini dengan persekolahan anak-anak. Anak sekolah seisi pagi anak sekolah seisi petang, pasti sibukkan kan...

Apa yang korang tengah buat pulak??? Sama macam aku mengemas, membuang sampah... ubah dekorasi rumah untuk tahun baru. Sebenarnya dalam hidup aku, tak pernah meraikan sambutan tahun baru. Selalu duduk umah jer... layan tv sampai mengantuk... Kat sini jarang orang sambut kedatangan tahun baru dengan bermain bunga api, Terengganu kan... Kalau nak tengok pun dalam tv jer...

Azam???  Ada juga azam tahun 2012 ni yang tak tercapai... InsyaAllah akan cuba sedaya upaya agar ianya tercapai. Impian tahun baru??? Ermmm.... Semoga kedatangan tahun baru 2013 ni akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya... akan memberi lebih kebahagian serta rezeki buat kami sekeluarga... akan mempermudahkan perjalanan kehidupan kami sekeluarga dan harapan agar kasih sayang kami sekeluarga akan bertambah erat lagi...

Selamat tinggal tahun 2012... Yang indah dijadikan kenangan... yang duka diperbetulkan...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA