Jumaat, 28 Disember 2012

Cuti2 Sekolah ~ Cameron Highlands



 
Sempena cuti sekolah, jalan-jalan cari pasal kali ni trip ke Cameron Highlands. Trip yang dirancang minit-minit terakhir... Percutian 2 hari 1 malam (24 - 25 Disember 2012) ini mempunyai pelbagai warna suka duka geram gembira sepanjang perjalanan ke lokasi. 

Nak dijadikan cerita... jangan la korang berangan nak menjejaki Cameron Highlands time-time cuti sekolah sebegini. Dari Tapah menuju ke pekan kecil Ringlet, jalan yang bengkang-bengkok dengan selekoh yang tajam dan berbahaya disamping kenderaan yang turun naik tak putus-putus. Pastu nak mendaki ke Tanah Rata pula, MasyaAllah... jammed giler dibuatnyer. Perjalanan ibarat 1 km bersamaan 1 jam... Puas duduk dalam kereta, nasib baik udara sekitar sejuk menyamankan. Tak perlu gunakan air-cond. Kita orang siap berborak-borak dengan kereta belakang lagi. Sempat juga la turun dari kereta mengambil gambar pemandangan "Karpet Gergasi"


Macam ni la jammed giler sepanjang kalan menuju ke Tanah Rata. Waktu cuti sekolah bersambung cuti Krismas ni la orang ramai mengambil kesempatan membawa seisi keluarga bercuti.

Ni pula apartment penginapan kami 2 keluarga... Apartment 3 bilik 2 bilik air ~ Desa Auntharium Apartment, Tanah Rata


Hari pertama setelah penat mengharungi jammed giler, kami hanya sempat ke Kea Farm dan Strawberry Farm. Tengok la pemandangan dari sini jelas kelihatan jalan yang jammed menuju ke puncak Camareon Highlands. Kat sini sayur semuanya murah-murah belaka dan fresh... Nak shopping-shopping kat sini pun best juga, pemilik kedai begitu sporting meberi diskaun harga barang yang anda ingini...


Sempat gak la menghilangkan penat sambil minum berbual kosong di cafe yang tersedia di Kea Farm...


Hari kedua, di pagi-pagi hari meredah jammed lagi menuju ke Brinchang untuk ke ladang strawberry milik Taman Agro Tourisim ~ Big Red Stawberry Farm. Punya la ramai orang yang telah sampai awal dari kami. Ladang strawberry yang besar selain terdapat juga taman sayur-sayuran, taman bunga dan taman kaktus. Puas mata tatkala melihat buah-buah strawberry yang tersusun indah namun bukan rezeki kami untuk merasai pengalaman memetik sendiri buah strawberry tersebut.  Walaupun tak berkesempatan memetik sendiri buah strawberry tapi Isha Farhanna tetap dapat bergambar memegang buah strawberry seperti yang diimpikan selama ini... Tak ada rezeki maybe next time... Kat sini terdapat juga ais-krim yang diperbuat dari buah strawberry yang sedap dan kaw-kaw.

Lepas puas berada di ladang strawberry, kami turun semula ke Tanah Rata untuk ke Taman Agro MARDI kemudian keladang teh milik Bharat Valley sebelum turun menuju pulang ke Kajang... Walaupun singkat masa berada di Cameron Highlands namun tetap ada memori indah yang akan kami ingati. Mungkin kami akan kesana lagi di lain masa. Yang pasti... bukan time-time cuti sekolah atau perayaan. hihihi


::  Antara memori indah di Cameron Highlands  ::














Jumpa lagi, Cameron Highlands









◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA