Isnin, 3 Disember 2012

Basikal Fixie




Pernah lihat basikal warna-warni yang sering dikayuh segolongan remaja masa kini. Itu la 'Basikal Fixie', satu lagi fenomena yang tercetus dalam negara sejak beberapa bulan kebelakang ini.



Fixie merupakan nama yang timbul melalui perkataan "fixed gear" kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Ianya bermaksud, pengayuh tetap akan berpusing ketika basikal ini bergerak atau nama popularnya "spoket mati" Itu la kata2 penerangan dari anakku, Muhammad Hazeem.

Ada juga beberapa artikal dan bloger2 mengatakan yang basikal fixie ni berbahaya. Banyak kes yang berlaku melibatkan basikal popular ini. Ada yang hampir putus jari kaki, ada yang patah kaki... Kalau dah jatuh tu bercalar sana sini... 

Tapi ramai yang tak ambil kisah perkara-perkara sebegini dek kerana hati dah tertawan, tak tahan bila lihat warna-warna setiap model basikal fixie ni. Anak kiter juga sebenarnya telah meminta agar dibelikan basikal fixie ini kerana ramai antara rakan sekelasnya yang telah memiliki basikal ini.Tapi bila terbaca pelbagai artikal mengenai fixie, rasa seakan terbantut rasa hati untuk membelinya...  Hisshhh... Hisshhh... Hisshhh




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA