Renungkan La Wahai Manusia Masa Kini
Sedarkah kamu wahai manusia... antara semalam dan hari ini. Kejadian diakhir zaman kian terasa. Renungkan lah pada diri empunya, agar jangan menyesal di hari muka...
Penuh dengan emosi dan penghayatan tatkala membaca naskah terbitan ini. Naskah himpunan pesanan dari Hadis dan Al Quran ini banyak member ilmu pengetahuan serta keinsafan hati nurani tatkala membaca setiap butir tutur kata tercatat dalam naskah tersebut. Alhamdulillah... naskah kecil yang kuterima hasil sumbangan ikhlas yang tak seberapa sewaktu berjalan-jalan sekitar pameran MAHA 2012 yang lalu telah membuka pintu hati untuk memperbaiki kelemahan serta kekurangan diri...
Berikut antara kesimpulan yang kuringkaskan dari setiap tajuk artikal dalam naskah tersebut. Kita renungkan dan fikirkan la sejenak bersama.
** Takwa & Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman
~ Hendaklah ia bertakwa kepadaAllah s.w.t. dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mentaai pemerintah dan penguasa walaupun mereka adalah dari golongan hamba asalkan mereka berpegang dengan Al WQuran, sunah Nabi s.a.w. dan sunah-sunah khulafa Ar Rasyidin. Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amaln yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.
** Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
~ Inilah keadaan umat Islam pada hari ini. Walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permaianan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Masalah ini berpunca dari diri kaum Muslimin itu sendiri, mereka mempunyai penyakit 'wahan' iaitu penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, "cinta dunia" dan "takut mati". "cinta dunia" bermaksud tamak, rakus dunia dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah. Manakala "takut mati" pula bermaksud leka dengan kehidupan dunia.
** Mengapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnah
~ Ini berlaku kerana di suatu tempat atau negri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, malah orang-orang yang soleh juga akan binasa.
** Ilmu Agama Akan Beransur-Ansur Hilang
~ Sekarang ini alim-alim umala sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan dunia. Pepatah melayu menyebut, "patah tumbuh hilang berganti". Namun pepatah ini tidak berlaku kepada alim-ulama. Mereka patah, payah tumbuh dan hilang, payah berganti. Sampailah satu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dengan ulama. Maka pada masa itu tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini.
** Umat Islam Mengikut Langkah Yahudi & Nasrani
~ Umat Islam akan mngikut jejak langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani secara sedar atau tidak.
** Penyakit-Penyakit Umat Dahulu
~ Penyakit-penyakit ini telah banyak kita lihat dikalangan kaum Muslimin di hari ini. Penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rahoani itulah mereka terpaksa mencari harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu.
** Rasuah Berleluasa
~ Rasuah semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kini. Wang mempunyai kuasa untuk mebeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan daripada pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus.
** Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
~ Sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dari kalangan kaum Muslimin sehingga la sampai suatu saat nanti orang yag dianggap baik untuk menjaga amanah pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seorang yang padazahirnya nampak boleh memikul amanah tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
** Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
~ Dalam masyarakat hari ini ada golongan yang suka bertindak kepada manusia seperti hukum rimba (menghukum tanpa soal siasat). Ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Iaitu berpakaian dengan pakaian yang sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
** Munculnya Galian-Galian Bumi
~ Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain. Akan tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam.
** Tanah Arab Yang Tandus Menjadi Lembah Subur
~ Banyak tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang sekarang telah menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohin kayu.
** Sedikit Lelaki Dan Banyak Perempuan
~ Ini memang berlaku di dunia sekarang. dimana kaum lelaki adalah sedikit berbanding kaum hawa dengan nisbah 1:11
** Hamba Menjadi Tuan, Banyak Bangunan Mencakar Langit
~ Maksudnya apabila bilangan hamba yang digauli tuannya dan melahirkan anak semakin banyak berlaku. Anak ini sebagai tuan kepada ibunya. Pemikiran manusia sudah terbalik, dimana yang baik dikatakan jahat dan jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bila mana orang yang miskin pada akhir zaman menjadi kaya dengan mengejut.
** Masa Akan Menjadi Singkat
~ Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah berlalu larut sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan.
** Bermegah Megah Dengan Masjid
~ Umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah.
** Haji Dan Umrah Bukan Kerana Allah S.W.T
~ Di akhir zaman ramai orang yang menyalahgunakan tujuan ibadat yang sepatutnya hanya untuk mencari keredhaan Allah. Ini jelas kerana ramai orang kaya yang pergi ke Mekah bukan untuk beribadat tetapi hanyalah untuk makan angin.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang dibangkitkan dalam naskah kecil ini. Jadi untuk mendapatkan penghayatan yang lebih mendalam, cari la naskah "Sedarkah Kamu Wahai Manusia Antara Semalam Dan Hari Ini" hasil nukilan saudara Wan MD Jamal Bin Wan MD Saman. Semoga ianya menjadi ikhtibar serta memberi manfaat kepada kita semua...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...