Selasa, 11 Disember 2012

Dugaan...




Masih ingat tak lagi akan istilah "lima perkara sebelum lima perkara". Tengah duduk sambil menonton tv citer 2012, tetiba kepala ini terlintas akan perkara tersebut. Kumpulan nasyid Raihan pun pernah membuat lagu melalui lirik/bait-bait kata tersebut.

**  Sihat sebelum sakit
**  Muda sebelum tua
**  Kaya sebelum miskin
**  Lapang sebelum sempit
**  Hidup sebelum mati

*  Sihat sebelum sakit ~ Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang-orang disekeliling semasa anda masih sihat.
*  Muda sebelum tua  ~  Waktu muda inilah saatnya kita berusaha mencari kemewahan disamping tidak melupakan kewajipan kepada Maha Pencipta. Kelak bila tua, kita tidak lagi memikirkan hal duniawi.
*  Kaya sebelum miskin  ~  Waktu kaya berharta inilah digunakan untuk menolong orang yang lebih susah daripada kita. Kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan tatkala menghadapNya.
*  Lapang sebelum miskin  ~  Waktu tang masih ada kelapangan inilah waktu yang sesuai mendalami ilmu agama untuk dijadikan pedoman.
*  Hidup sebelum mati  ~  Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh dilakukan. Bila kita telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.


Ini mengingatkan kita kepada 2 kisah yang sedang terjadi dikalangan ahli keluarga. Kesedihan sememangnya terasa bila mana pakcik ( adik kepada abah ) yang sebelum ini sihat segar, kelihatan kaku terbaring di Wad ICU, Hospital Serdang. Terasa amat belas kasihan melihat pelbagai jenis wayar dan ubatan yang sedang memasuki tubuh yang mulus itu. Semua ini gara-gara kejadian dilanggar sebuah lori awal pagi Rabu lalu. Insan yang peramah mesra dan rajin (tak duduk diam, suka berkebun menanam pelbagai pokok) kini menjadi penghuni Wad Icu akibat kecederaan di pinggang. Ya Allah, berikan la kekuatan dan kesembuhan kepada pakcikku itu... Amin...

Seorang lagi makcik ( kakak kepada emak ) turut ditahan di Wad CCU, Hospital Selayang kerana masalah jantung dan paru-paru berair sejak Ahad lalu. Di usia yang lanjut ini pelbagai penyakit semakin menular di segenap tubuh yang kerdil. Kasihan juga dan menitis air mata melihat pelbagai jenis ubatan dan wayar yang melingkari tubuh menjadi peneman siang dan malam.

Ini la antara dugaan yang sedang menguji segenap ahli-ahli keluarga sebelah abah mahu pun emak. Pasti ada hikmah atas setiap dugaan tersebut. Kita la yang menjadi penghubung untuk abah melihat adik kesayangannya setiap hari di hospital... Itu la kasih antara abang dan adik, jelas terpancar di mata abah kita.

5 perkara sebelum 5 perkara... Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA