Khamis, 3 Januari 2013

Karipap Kentang...




Selamat Tahun Baru 2013... tak terlambat lagikan nak wish... hihihi... Entry kali ni pasal 'Karipap Kentang', sebab ini request dari anak-anak yang asyik lapar perut musim ujan-ujan ni. Resepi simple jer, korek dari internet... Boleh la korang cuba untuk wat minum petang atau sarapan pagi..


 

Karipap Kentang Ranggup
Resepi  :  Ros Jintanmanis
 By: Ieda @iedafaridanyer.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam


Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam


Cara Membuat Doh Pastry
1.  Campurkan sedikit garam ke dalam air sejuk. Masukkan marjerin dalam tepung gandum dan sebatikan. Ia akan menjadi seperti serbuk roti. Panaskan minyak dan curah ke dalam adunan tadi. Dengan menggunakan sudu kacau bagi sebati. 
2.  Selepas itu curahkan air sejuk dan uli hingga menjadi doh. Agak-agak hingga doh menjadi lembut dan permukaan doh menjadi licin. Masukkan ke dalam plastik bersih dan perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam.  Ini penting bagi mendapatkan doh yang ranggup serta senang untuk dicanai nanti. Sementara itu boleh la membuat inti untuk karipap anda.


Cara Membuat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil. Kemudian terap doh bentuk dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA