Hujung Minggu Terakhir 2012
Sabtu, 29/12/2012... Hujung minggu terakhir bagi tahun 2012. Banyak kenangan suka duka pahit manis sepanjang 2012 berlaku dalam kehidupan. Yang manis dijadikan kenangan yang duka diperbetulkan... hissshhh macam lirik lahu lak. kihkihkih..
Tahun 2012 ini yang telah banyak mengajar serta membuka mata hati dalam mengenali hati budi setiap ragam manusia. Tahun ini juga la aku mengenali mana intan permata yang mana kaca. Disebalik hilai tawa riang gembira bersama rupanya...
Pelbagai kisah dan ragam manusia, ada yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Ada yang manis dihadapan dibelakang lain. Ada yang bermuka-muka yang bertopengkan manusia. Setiap dugaan pahit kehidupan aku jadikan pengajaran serta pengalaman agar berhati-hati dan berjiwa kental di kemudian hari. Agar diri ini tidak diperlekehkan dipermainkan diperkecilkan oleh mereka-mereka yang mendongak memandang duniawi...
InsyaAllah... setiap yang bersabar dan redha akan dugaan dariNya, pasti ada hikmah dan kebaikan yang menanti. 2 hari saja lagi akan berlalu 2012. Selamat tinggal 2012, banyak kenangan bersamamu. Masih ada lagi azam dan keinginan 2012 yang tidak tercapai oleh ku. Akan aku bawa keazaman dan keinginan itu untuk dipenuhi ke tahun 2013. Harapan kemunculan ketibaan 2013 akan membawa lebih kebaikan kerahmatan kebahagian buat aku serta keluarga...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...