Jumaat, 22 Mac 2013

Ohh...Oh...Balik Kampung...






huhuhuhu.... waaaaa!!!!... semester break kali ni tak leh balik kampung!!! huhuhuhu... 

Pasti ramai dikalangan warga Pantai Timur yang mana anak2 nyer telah bermula cuti persekolahan semester pertama dah bersemangat berpusu2 untuk pulang ke kampung halaman. alamak...macam nak raya la pulak. Nak buat macam mana... tahun ini kena berkorban sedikit demi anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR bulan September nanti.

Selalunyer kalau time2 camni, kita orang la antara yang pertama "menaiki penerbangan pulang" ke kampung antara jiran2 yang ada... (cabut balik dulu daaa...) almaklum la kita orang ni orang jauh (KL), manakala jiran sebelah2 umah ni setakat balik Kuala Terengganu ngan Ketengah Jaya jer. hihihi... 

Pagi2 ari time nak balik dah riuh 'setaman' dah melambai pulang tinggalkan jiran2 sebelah umah. Seronok gak sebenarnyer situasi macam ni, menampakkan keakraban kami sebagai jiran sebelah menyebelah. Kadang tu saja bergurau mengejek sapa2 yang akan tinggal... bak kata orang ganu 'menyeyeh...' Haaa... kali ini kiter pulak yang kena tinggal duduk diam2 kat taman ni. (padan muka!!!) sambil jadi security guard, menolong tengok2kn umah yang mereka tinggalkan kejap. Ye la, time cuti ni la masing2 nak bawa anak balik kampung, makan angin...

Yang bagusnyer anak2 kiter tak de rasa yang membuak2 nak balik umah nenek. Seminggu sebelum hari cuti sekolah ni pun dia orang selamba jer. Sebab sejak awal tahun lagi dah remindkan mereka, yang tahun ni apabila school break, kita tak de gi jalan makan angin mana2 atau balik umah nenek lama2. Abang ada kelas tambahan kat sekolah sebab tahun ni abang ada periksa UPSR... Alhamdulillah mujur mereka boleh terima dan faham. Bagus anak2 mama... Kalau tak, 2 minggu sebelum cuti dah bising, bila kita nak balik... berapa hari kita gi jalan2... berapa hari duduk umah nenek... kacau2....

Untuk abang pula... sekolah dah siapkan jadual kelas tambahan dari 23-27hb bagi pelajar calon UPSR 2013. Kalau balik KL pun ari Khamis pastu Sabtu dah nak kena balik cni pulak sebab Ahad dah bermula seisi persekolahan. Kesian pula pada anak2 tak puas duduk umah nenek ngan atok. Jadi kami sekeluarga mengambil keputusan yang sepakat, school break kali ni tak payah balik. Kita tunggu school break lagi nanti penhujung bulan Mei ada 2 minggu. Kalau sekolah nak ambil minggu pertama untuk adakan kelas tambahan pun tak mengapa sebab ada lagi seminggu. Ha time cuti ni nanti kita akan balik. Lagi pun tak lama jer lagi.

Buat nenek ngan atok... cuti sekolah ni kita orang tak balik. tapi nanti ada cuti sekolah lagi penghujung Mei, kita orang akan balik... baru dapat lama kt umah nenek dan atok... kita orang pun windukan nenek ngan atok... tapi abang ada sekolah, nak wat camna...

So, pada kengkawan yang nak pulang ke kampung halaman atau membawa anak2 makan angin sempena cuti sekolah ini... selamat bercuti dan bergumbira... berhati-hati semasa perjalanan nanti. Sebelum bercuti pastikan keadaan rumah anda selamat... jangan balik dari bercuti nanti lain hal la pulak. Dan yang paling penting jaga keselamatan anak2 anda semasa bercuti nanti...

Selamat bercuti... bye...bye...



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA