Sabtu, 2 Mac 2013

Lahat Datu, Sabah Berperang...




Al-Fatihah kepada wira2 negara yang gugur, perjuanganmu terlalu bermakna dan tinggi... innalillah wa inna ilaihi ra'jiun...



Lahat Datu tiba2 menjadi popular??? Isu Lahat Datu mendapat perhatian umum sepanjang minggu ini. Pelbagai berita, gambaran serta cerita dan kejadian menjadi topik hangat bualan terkini. 

Sedih sepanjang minggu ini tatkala membaca berita dari blogger2 tentang pergolakkan yang sedang berlaku di Lahat Datu, Sabah. Bagaimana la agaknya situasi sebenar keadaan disana. Tak dapat nak dibayangkan bila mendapat tahu situasi darurat telah diisyhtiharkan. semua penduduk diminta tinggal di dalam umah dan pastikan semua pinti berkunci... Allah, Kau tolong selamatkan la warga Lahat datu dari musibahMu ini...

Semalam terpampang lagi berita mengenai kematian ahli pasukan keselamatan negara dek gara-gara pencerobohan dan pergolakkan yang semakin berlarut ini. Rata2 di facebook memaparkan gambar kenangan bersama keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dari Komando 69 yang terkorban dalam misi mempertahankan negara. Sedih rasa hati melihat anak kecil dan isteri yang ditinggal buat selamanya. Al-Fatihah... Semoga keluarga beliau tabah dan sabar dengan dugaan ini...







 

◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA