Jauh....
Rindu rasanyer... Jauh... telemovie hasil adaptasi dari novel terlaris Jauh ~ Aisya Sofea memang 'berhantu'... tak kira berapa kali dah menontonnya melalui Channel Astro tetap nak gak menonton lagi setiap kali ulang tayang. Pada hal baru jer minggu lepas ada lagi ulang tayang di Channel 131. Tak puas-puas rasa, hati ni bagai melayang-layang tiap kali menonton telemovie tersebut. Ditambahkan lagi dengan lagu OST untuk telemovie ni dari Hazama ~ Relakan Jiwa bertambah la 'minat giler'... Mungkin dah jatuh hati pada aksi lakonan aktor popular Adi Putra dan Fouziah Ghous, gabungan yang mantap buat pertama kalinyer menerusi telemovie Jauh ini. Sweet jer kan mereka berdua, romantis... Itu sebabnyer kiter kata 'berhantu...'
Sinopsis telemovie Jauh adaptasi dari novel Jauh ~ Aisya Sofea ;
Secara ringkas cerita ni pasai Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Then Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Diorang kawin. fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.
Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.
"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."
Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.
"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."
Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan. Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...! ~ Info Dari novelcinta.multiply.com


Agaknyer ada tak diterbitkan dalam bentuk dvd... teringin untuk memiliki sebagai koleksi...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...