Mee Goreng Basah
Terliur tak tengok!!! hehehe. Ini la menu untuk makan malam hari ini. Dah la tengahari tadi tak masak sebab ada jemputan makan untuk majlis 'naik rumah'... Hari ni 'gantung kuali' kat umah kiter. Kenyang perut makan tengahri tadi dengan menunyer nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, acar nanas, ikan masin dan sambal belacan. hehehe... gemuk la kalau camni.
Nak masak lauk dah malam hari, nanti tak makan juga kesudahannyer. Last2 tanya anak2 nak makan aper, so jawab mereka...'mee goreng...' Bukak frezer tengok bahan2 pun dah ada tinggal masak jer la. Maka bermula la operasi memasak mee goreng sejurus selepas solat garib tadi. (magrib la....).
Ni bahan2 serta cara2nyer bagi sesapa yang teringin mencuba... kalau tak sedap mengikut selera anda, jangan marah yer...
Bahan-bahannya:
** mee kuning
** udang sederhana besar
** cili kering ~ dikisar
** bawang merah ~ dikisar
** bawang putih ~ dikisar
** daging ayam ~ dihiris halus
** fish ball ~ dibelah 4
** sawi ~ dipotong-potong
** tomato ~ dipotong ikut suka
** sos tomato
** kicap masin
** garam secukupnya
Cara-caranya:1. Kupas udang dan tinggalkan bahagian ekornya. Rebus kulit udang tadi dan ambil airnya. Ketepikan.
Basuh bersih mee kuning. Toskan airnya dan ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan dengan udang dan hirisan daging ayam tadi. Gaul sebati. Masukkan juga kicap masin dan sos tomato. Kacau lagi. Masukkan air rebusan kulit udang tadi.
3. Masukkan fish ball, diikuti mee kuning, hirisan tomato dan sawi. Kacau sebati.
4. Rasakan masinnya dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...