
"Santau..." satu perkataan yg mengerikan menakutkan... masih ada lg perkara seumpama itu di zaman serba moden dan canggih ini. perkataan yg menggambarkan sesuatu perbuatan yg kejam tk berperikemanusia dek kerana hati yg busuk, dengki dan jahat... perkataan yg menunjukkan satu perbuatan atau jalan pintas utk membalas dendam terhadap seseorang dgn jalan pintas dan mudah... tapi apakah manusia yg melakukan perkara tersebut memikirkan tahap dosa yg terpalit dlm diri mereka... berpuas hati sudah tentu kerana dendam dan sakit hati terhadap pihak kedua terbalas juga, tapi akan aman dan tenangkah hidup anda selepas melakukan hal tersebut.
Ada pelbagai sebab kenapa "santau" itu ditujukan... rasa sakit hati, tk puas hati, iri hati serta dendam adalah fokus utama. namum terdapat juga punca atau penyebab mengapa ditujukan pd pihak kedua... mungkin kerana perbuatan atau tingkah laku kita yg membuatkan org rasa benci rasa sakit hati... mungkin kerana kita terlalu bongkak, suka menunjuk-nunjuk kelebihan yg kita ada, mungkin jugak kita suka memperlekehkan atau memperkecil-kecilkan org lain atau mungkin kerana percakapan kita yg mengundang mereka2 berdendam ke atas kita... fikir2 kan la...
Rasa kasihan terhadap pihak kedua yg terkena atau sememangnyer ditujukan perkara sedemikian... kasihan melihat tahap kesihatan yg semakin merosot, kesejahteraan hidup yg dimiliki hilang sedikit demi sedikit... pelbagai permasalah hidup akan muncul dgn adanyer "penyakit" yg mula bersarang dlm tubuh. ekonomi keluarga akan merundum dek perbuatan terkutuk ini...
Mengikut kata orang... terdapat 2 jenis "penyakit" ini. pertama secara perlahan-lahan dan kedua secara mengejut a.k.a mati cepat la kau... kadang kala tuan punyer badan tidak sedar akan "penyakit" yg mula mendiami tubuh ini... sakit yg mulanyer sedikit2 akan dianggap sakit biasa, mungkin dek badan yg letih, penat. namun.... lama kelamaan akan menampakkan yg luar biasa pada tubuh dengan adanyer sakit yg datang. masa ni la baru nk mencari tempat atau ikhtiar mengubati tubuh. ke sana ke mari berusaha sedaya boleh nk mengubatkan badan. kasihan kan...
Tapi ada juga mereka yg kena "santau" ni sebenarnyer bukan ditujukan atas diri mereka... umpama org kata "terkena tempias..." contohnyer si A sakit hati dan cemburu kerana melihat si B mempunyai kedai/perniagaan yg laris, untung dan ramai pengunjung. lalu berhajat di hati untuk menghantar "santau" pada si B. namum kuasa dan perlindungan dr Allah, si B terselamat dr musibah ni... akan tetapi terkena pula pada salah seorang pengunjung kedai si B... apa lah malang nasib pengunjung kedai tersebut. insan tk bersalah tk berdoasa terkena perbuatan terhina ini... tk berperikemanusiaan kan, apatah lg jika insan yg terkena itu menemui ajalnyer...
Pastu satu hal pulak... orang akan berkata2 punca kematiannyer. maka kluar la cerita2 yg ditokok tambah perencah rasa utk menyedapkan jalan cerita... "semasa hidupnyer dia tu.... ini la.... itu ... la...." ermmm... ermmm... ermmm... kasihan pd keluarga si mati menerima aib yg direka-reka... Subhanallah...
Beringat la kengkawan... setiap perbuatan kita akan mendapat balasan. jika baik balasnyer baik dan jika buruk dan jahat maka buruk la yg kita dapat. lagi pun Tuhan nk balas pun sekarang "CASH" tk perlu nk tunggu akhirat2 kelak...
Edit n3 ni pun sbb baru jer tahu yg kakak kite di Melaka terkena santau. dan sekarang sedang berubat dgn seorang ustaz di sana. punca bagaimana tahu yg diri terkena penyakit ini adalah batuk yg berterusan serta gatal sekeliling tekak. ketika proses pengubatan dijalankan, ustaz tersebut dapat mengeluarkan 'miang rebung'. itu la punca yg batuk berterusan. dan sekarang dikatakan semakin beransur pulih... harap kisah mengenai "Santau" ni diambil utk ikhtibar semua, InsaAllah...
Jumpa lagi, (tk de gambar yer...)
Bye bye, cerita ieda farida
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...