Rabu, 5 September 2012

Penapis Air...



Tengah sedap2 dduk mengadap laptop di petang ari ni, tetiba kedengaran suara seorang budak lelaki berpakaian kemas berkemeja kotak berseluar slack di luar pagar rumah membersi salam... Assalammualaikum...Assalammualaikum...Assalammualaikum... 

Lantas aku bangun meninggalkn meja makan di ruang tamu menuju ke slidding utk mengintai... lama kelamaan budak lelaki itu semakin berani menolak pintu pagar dan memasuki laman rumah aku. semakin kuat deringan suaranyer memberi salam. aku hanya mendiamkan diri sambil menjawab perlahan salam yg dihulurkan, kerana aku tahu... ini tk bukan mesti student2 practikal yg datang mempromosikan sambil menjual "paksa" alat penapisan air... mula2 sekadar nk mempromosikan dan memperkenalkan apa produk yg mereka bawa, kemudian secara psikoligi akan menjerat kita terutama surirumah untuk membeli produk2 mereka dengan memperkenalkan pakej bayaran ansuran mudah dan murah...hihihi senario biasa berlaku di taman perumahan...

Lama kelamaan aku membuka sedikit pintu slidding kerana berasa kasihan melihat budak lelaki itu tk berhenti2 memberi salam. aku menjawab salam dan memberitahu suami tiada di rumah, minta maaf yer... dia dgn pantas memotong kata2 aku dgn menanya ada tk seseorang dtg memberi sample percuma... mulutku pulak dgn secepat kilat menjawab "tidak..." alamak... lepas mendengar jawapan dr aku "tidak...", dia berlari ke kereta mengambil sekotak produk penapis air... jeng...jeng...jeng... SWISSPRO... kn betul tekaan aku, mesti nk jual barang punyer... sebelum dia sampai dpn muka pintu, aku menjerit... "oooo swisspro... tk pe la dik, terima kasih... akak dh pasang setahun yg lepas..." kesian pulak aku tengok muka budak tu. selepas kunjungan umah aku tk mengena jerat... abis semua umah jiran2 aku dia terjah. perkara2 yg mcm ni membuat orang ramai marah... bukan marah pd produk SWISSPRO tu... tp marah pada syarikat yg menjual dan memasarkn produk tersebut. mereka menggunakan pelajar2 institusi pengajian tinggi menjual dan mempromosikn dari rumah ke rumah semata-mata mahu lulus dlm kerja praktikal mereka. cara jualan mereka jual seakan memaksa pengguna membeli produk tersebut dgn menawarkn pakej2 bayaran mudah dan ansurans... 

Sekarang ni terdapat pelbagai jenis penapis air dipasaran... mengikut kemampuan para pembeli. kalau dh sememangnyer berhajat untuk memasang satu di ruang dapur rumah, tk perlu tunggu hingga seseorang datang memberi salam menjual barangan tersebut... fikir fikirkan la...



jumpa lagi...
bye bye, cerita ieda farida


◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA