Jumaat, 30 Ogos 2013

Raya 2013...




Huhuhu... lamanyer tk ber'update' laman blog sesawang Ieda ni... bersawang2 dh sana sini... rasanyer tak terlewat sangatkan untuk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri & Mohon Maaf Zahir Batin...." kepada semua pecinta blogger. Sibuk yang teramat sangat dengan hal anak2, persekolahan anak2 dan biz on9 yang menjadi tambahan punca rezeki buat Ieda sekeluarga... Jom la kawan2 jadi sahabat dan LIKE biz on9 Ieda ~ AleenEisya Eshoppe... hehehe sempat gak nk promote tu...

Berbalik pada Raya 2013... actually sambutan raya untuk tahun agak sederhana. Sebab aper??? Sebab.... anak bujang Ieda ni akan hadapi UPSR selepas raya awal September nanti. So mood raya tu kira 'kureng' la... Seperti tahun sebelum ni, sambutan pagi raya offcozzz la kt umah mak Ieda sendiri. Selepas solat Hari Raya, kami seperti biasa menjamu selera... bermaaf-maafan... pastu bergegas pulang ke kampung En Soami di Jeram, Kuala Selangor... Alhamdulillah tahun ni semua pusara dapat kami kunjungi di pagi Syawal. Bermula dengan pusara arwah mak mertua dan bapa mertua. Kemudian berkonvoi bersama adik2 ipar ke pusara arwah atok di Bukit Kuching pula.

Lepas semua pusara keluarga diziarahi, Ieda sekeluarga memulakan konvoi beramai2 ke rumah pakcik serta makcik sebelah En Soami. Walaupun penat ke hulu ke hilir... namun puas dapat bertemu dan berbual dengan mereka. Anak2 la yang paling seronok... banyak collection di raya pertama ni...

Tetapi... apa yang kurang menyenangkan Ieda, adat kunjung mengunjungi ini semakin tercemar. Tak seperti di zaman kanak2 dahulu cukup meriah dapat bertemu sanak saudara... masa ini juga la kita dapat mengenali sepupu sepapat... dua pupu... tiga pupu kita. Namun dengan zaman yang semakin moden dan serba canggih ini... amalan kunjung mengunjungi ini tak semeriah dahulu. Mana taknyer... rata2 rumah yang Ieda kunjungi, anak2 zaman sekarang lebih melekap mukanyer serta perhatian mereka pada gadjet2 terkini... ipad...iphone...

Malah Ieda lihat sepupu2 ni terlampau menyalihkan perhatian anak2 mereka ke gadget2 agar anak2 ini tidak meragam... menangis dek kerana seharian berkumpul antara satu rumah ker satu rumah. Mak2 dan ayah2 sibuk berbual hal itu ini... si kecil duduk di satu sudut melayan gadjet2 ini. Sampaikan anak2 Ieda ada yang bertanya, "mama, budak yang pakai baju kaler.... tu sapa?? tak pernah nampak pun..." haaaa.... betulkan?? Time2 raya camni la kita nak perkenalkan anak2 kita pada sepupu sepapat mereka. Tambahkan silaturrahim. Yang jauh didekatkan yang dekat dieratkan...

10 tahun akan datang... tak yah 10 la, 5 tahun akan datang...??? Macam mana agaknyer suasana raya kita yer... adakah masih akan terasa kemeriahannyer seperti tahun ini??? Tepuk dada tanyalah...

Kat bawah ni ada sedikit gambar pagi raya...

 Raya tahun ke 2, Harraz Haikal... Tahun ni, tk nk bersalaman tapi wet raya nak...


 Yg ni pulak, adik bongsu yg tetap solo di pagi raya


 Yg ni pula bersama anak buah kesayangannyer merangkap anak jagaan dia tiap kali Ieda pulang ke rumah mak...


 Kenangan amak & abah bersama cucu2...


 Yg ni kira beraya sakan. Kenangan beraya di umah Ak Nal


  Yg ni pulak kt umah adik Ieda, Nurul yg wat makan2 sebelum kami semua pulang ke rumah masing2...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 29 Mei 2013

Lepat Pisangku...




Haa... terliur tak tengok lepat pisang buatan airtangan ku kali pertama... nampak mcm sedapkan???

Lamanyer tak mengemaskini dan menjenguk blog sesawangku ini. Windu!!! Sibuk la beb... hal anak2 sekolah lagi hal rumahtangga lagi hal biz on9 lagi... Giat mencari wang untuk raya nanti... Ok, citer mengenai LEPAT PISANG... Bermula camni,

Tetiba lihat daun pisang yang cantik membesar belakang umah tatkala hujan renyai2 membasahi bumi Paka ni. Terasa pulak seakan nak makan lepat pisang... Teringat pada lepat pisang buatan mak masa jaman kecik2 dulu. Terliurnyer... Lalu terbuka minda untuk menghasilkan lepat pisang buatan sendiri. sedap ni kalau dimakan time2 ujan renyai bersama teh o panas... perrggg....

Lalu misi pun bermula, mengimbas kembali cara2 pembuatannyer sebagaimana yang mak pernah buat dulu. rasanyer mudah, kacang jer ni... ewah2, berlagak... poyo...

Nak meng'confirm'kan betul ker tak, maka ku telefon la mak yang berada di Kajang. Mak pun bila anak dah bertanya, maka diterangkan la satu persatu... Bahan2 yang perlu, pisang (itu penting, kalau tak ada tak jadi nyer lepat pisang), tepung gandum, daun pisang (penting juga, kalau tak nak bungkus ngan aper???), garam, gula dan kelapa parut sikit... Mak kata "kalau nak bagi warna lepat tu cantik, elok letakkan gula merah ckit..." tapi time2 ujan ni terasa malas nak mencari dari kedai ke kedai, maka sekali lagi kiter derhaka juga pada resepi asal turun temurun... kihkihkih, dosanyer...

Dah gaul2 semua dan rasa sikit agak2 sedap maka bermula la operasi membungkus... kemudian kiter pun masukkan lah dalam kukusan... tunggu hingga masak. Nak tahu masak ker tak satu hal lagi... Antar sms ke adik mintak tolong tanya, nak tahu lepat dah masak macam mana... Tak boeh nak telepon sebab kredit dah abis masa menuntut ilmu tadi. hihihi...

Ha, adik balas sms ~ ko cucuk ngan lidi macam masak kek tu. kalau tak melekat dah masak la tu jawapnyer!!!... adussss, macam marah jer dik...releks la... ko pun tepon aku gak tanya macam mana nak masak sardin kan... hahaha...

Setelah hampir sejam lebih berperang diruang dapur comeii uamhku ini, maka... siaplah satu lagi resepi airtangan ku "LEPAT PISANG". Petang tu kita orang sekeluarga menjamu lepat pisang bersama air teh strawberry panas. Ermmm sodap.... Ha, korang reti dak wat lepat pisang???




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Sabtu, 27 April 2013

GIwomi...






Fenomena 'Giwomi' semakin menjadi-jadi di Youtube. Macam-macam video yang diupload masuk, ada saja klip terkini mengenai pergerakan tangan aksi 'giwomi' ini. Artis-artis kita pun tak ketinggalan melakukan aksi comel ini. Tetapi dalam banyak-banyak video 'gowomi' yang pernah Ieda tonton, ada satu video dari sigadis comel bertudung ni, cute comeiii sangat, manja gitu. Nanti Ieda try cari dan uploadkan yer.

http://www.youtube.com/watch?v=A_fSYltOFGo ~ Haaaa, klu nak tonton just click yer link tu


Maksud Qwiyomi
♛ Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute

Penyanyi Asal
♛ Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .

Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands

Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi


Lagi satu, korang perasan tak... iklan Tabung NufNang pun ada 'Giwomi.......'




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Ahad, 21 April 2013

Plan Menggandakan Wang




Lama rasanyer tk meng'update' n3 kt blog yg bersawang ni. Mana taknyer sibuk ngan hal2 persekolahan anak2. Sepanjang minggu lepas memang teramat sibuk, Hari Ahad dan Isnin menyiapkan anak bujang ni yg ada Perlawanan Hoki Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Paka, wakil sekolah... Elok la, dari permilihan pasukan bola sepak tk tersenarai, pergi ke badminton pun sama gak... akhirnyer rezeki kat pasukan hoki sekolah. Jadi la, at least ada gak sijil utk ke sekolah menengah nanti. Dah dia pun minat jugak sukan hoki ni, layan jer la...

Pada hari Rabu kena menghantar ke Kem Kecemerlangan UPSR yg di adakan di Awang Beach & Chalet Resort, Rantau Abang. Berkampung la dia kat sana selama 3 hari 2 malam. Sibuk sungguh dengan agenda utk pelajar UPSR ni. Ala... utk kebaikan dia juga, biar la. Ni nanti 30/4/2013 ada pulak Kem Motivasi anjuran sekolah, kt mana diadakan tk tahu lagi, tunggu jer la surat kat mana suruh dihantar nanti...

Eh... lari pulak dari tajuk kat atas ni. Sebenarnyer nk bercerita tentang 1 plan menambahkan pendapatan, lebih kurang mcm main kutu gak tp yg ni tk dela bayar bulan2 seperti 'kutu'. Sekarang ni banyak la pulak mereka ni meng'inviate' kiter kat mukabuku agar join sama. Sebenarnyer dah join pun sekadar mencuba nasib. Bayangkan melabur RM60 utk 1 lot akan dapat pulangan sebanyak RM300, tk ker seronok dibuatnyer. Dividen atau bonus dibayar kepada peserta setiap 7 lot kemasukan. Minggu pertama memang laju la plan ni, setiap hari hingga 100 lebih orang yg menyertai. Macam kiter join 3/4/2013, 3 hari jer dh dapat pulangan RM300 tu. Tk ker giler namanyer. Kalau tahu boleh dapat benda ni, akan kulaburkan sebanyak lot yg boleh. hihihihi... tamak la pulak...

Tapi harus diingatkan, plan2 seumpama ni tetap ada risiko dan kena tanggung sendiri... hehehe... Memang giler betul la, sampai ada yg masuk maxima sehari 4 lot, nk pulak dia masukkan jugak nama isteri/suami dia, kira dh sehari 8 lot. cuba didarabkan dengan RM300, berapa dapat. fuuuyoooo!!!!

Kiter pun bila dh dapat RM300 tu, g la re-entry lagi utk 2 lot. Sebenarnyer nak menolong ahli2 dibawah kita. Bila kita saling membantu, diharap plan seumpama ini dpt bertahan lama. (sebenarnyer nk menyimpan utk raya punyer budget. poyo punyer ayat...) Fikir juga mana datangnyer RM240 tu, pada hal kita hanya melabur RM60 se lot jer. Itu duit dari rakan2 yg menyumbang dengan menyertai plan tersebutkan. So jangan la bersikap pentingkan diri sendiri dan tamak. Ada juga pelabur yg dh merasa pulangan yg banyak ni tetiba hilangkn diri. Tak mahu dh nak re-entry lot membantu rakan2 yg dibawah. Maka perjalanan plan ini semakin slow tidak seperti di awal penubuhannyer. Pertama kali kiter melabur hanya dapat pulangan seawal 3 hari. Manakala yg kedua ni dh cukup 2 minggu tk nampak lagi hasilnyer. Ke tk slow namanyer. 

Tak kira bagaimana bentuk program pelaburan yg semakin banyak tubuh bak cendawan selepas hujan... sebelum menyertai fikirla semasak-masaknyer. Program sebegini hanya dijadikan sebagai side income bukan permanent income. Perlu diingat tu semua rakan2. Kerjasama dan tolong menolong perlu ada bagi mewujudkan program ini agar ianyer kekal lama bagi kebaikan semua.

p/s  ;  sesapa yg nk wat side income melalui plan2 sebegini, boleh message kiter...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 3 April 2013

3 April 2013 ~ Parlimen Bubar




PARLIMEN BUBAR HARI INI, PILIHAN RAYA MESTI DIADAKAN DALAM TEMPOH 60 HARI...

Seawal jam 11 pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman pembubaran Parlimen bagi memberi lalulan Pilihan Raya Umum ke 13. Pembubaran Parlimen dilaksanakan setelah mendapat perkenan oleh Yang diPertuan Agong. 

Ini bermakna pilihan raya umum mesti dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran sesebuah Parlimen. Dan 1 tarikh tetap akan diberitahu kelak bagi pelaksanaan PRU 13 setelah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengadakan mesyuarat untuk menetapkan tarikh bagi penamaan calon sekali gus tarikh mengundi.

Ekoran pembubaran Parlimen, Kabinet pimpinan Najib akan bertindak selaku 'caretaker government" atau kerajaan sementara sehinggalah terbentuk sebuah kerajaan baru. Dalam tempoh itu, kerajaan sementara tidak boleh membuat sebarang dasar atau melaksana projek baru tetapi sekadar memastikan perjalanan pentadbiran hari ke hari berjalan lancar. 

Maka... setelah tarikh mengundi ditetapkan... kita sebagai rakyat Malaysia harus la berfikiran waras dan bijak dalam menentukan kerajaan yang bagaimanakah kita kehendaki demi sebuah kehidupan yang maju dan aman makmur serta berlandaskan ajaran Islam yang sebenar-benarnyer. Tepuk la dada... fikirla sedalam-dalam dan sehalusnyer... untuk kebaikan bersama....





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Ahad, 31 Mac 2013

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia








Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang telah menjadi juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013 malam tadi. Seronok tengok dia oarng menang dan sememangnyer berbaloi atas kerja keras dan komitmen mereka setiap minggu. Memang dah agak yang sememangnyer dia orang yang akan membawa pulang wang berjumlah RM200,000 itu.

Minggu terakhir sebelum ke final takut juga kalau2 mereka akan terkeluar atas kesilapan yang Dazrin lakukan. Dah namanyer rezeki dan tuah mereka, maka terselamat juga minggu terakhir sebelum ke final. Sebab mereka antara pasangan favourite kami sekeluarga dalam rancangan Fear factor ini, selain Dafi & Zowey dan juga Akim & Farish...

Tersentuh hati dengan Hairul Azreen yang mengalirkan airmata gembira atas kejayaan bersama pasangannyer Dazrin. Dia juga telah berhajat untuk membawa kedua orang tuanyer menjejaki tanah suci Mekkah bagi mengerjakan umrah. Alhamdulillah tercapai impiannyer. Anak yang baik...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Renungan Buat Semua...













◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Abih Dh Cuti Skolah...






Alhamdulillah... kembali ke sekolah setelah seminggu berehat2 bermain2 time cuti ni. Rutin harian bermula semula ari ini. Setelah seminggu bersenang2 tanpa rushing mengejar waktu. Hari ni bermula skali lagi 'marathon' dlm kamus hidup mama. Bekejar2 menyiapkan anak ke sekolah menyiapkan segala kerja2 umah, memasak serta melayan karenah anak2 kecik.

Time cuti skolah tk banyak bezanyer pun cuma tk terlalu rushing la... Sebab Sabtu hingga Rabu still ada kelas tambahan bg anakku yg bakal menduduki UPSR september nanti. Tapi tk la seawal jam 7.30 kelas bermula. Untuk kelas tambahan ni cekgu memulakan kelas jam 8.15 hingga 12.30 tengahari. Kiranyer boelh memulakan hari dengan slow2. 

Semalam telah disiapkan segala keperluan utk seminggu, baju2 dh habis digosok dan digantung semuanyer. Supaya tk de kalam kabut di pagi hari nanti. Anak2 pun so far tk de la susah utk bangun seawal pagi slps seminggu diberi chance utk bangun lewat ckit dr hari biasa. 

Dia orang sebenarnyer yg dh tk sabar2 nk jumpa kawan2 semula. Ada la yg nk diceritakan sepanjang cuti seminggu ni. Tengok jer la nnt, blik dr sekolah apa cerita yg akan dibawa pulang bersama...



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Jumaat, 29 Mac 2013

Duit Ohhh Duit....






Duit ohh duit... duit di mana kau duit, hutangku berbukit... lagu sapa yerk. (tengah cuba mengingati siapakah penyanyi lagu tersebut...) Ha lagu yg ni aku ingat... seringgit... dua ringgit... tiga ringgit... empat ringgit!!!. Lagu dari Raja Gelek kan.

Duit??? Perkara yg menjadi teramat penting dalam hidup masa kini. Semuanyer perlukan duit, nk makan nk minum nk ke tandas pun kena duit sekarang ni. Umpama kalau tk de duit ni, tk lengkap tk sempurna la hidup. Bila ada duit orang akan pandang kiter orang sanjung kiter, tapi bila tk de duit orang akan hina kiter menjauh dari kiter. Betul tak??? 

Kiranyer perkara yang paling 'berkuasa' la abad ini. Nak wat apa2 kena ada duit... Nak kan pangkat/kuasa yang tinggi kena ada banyak duit, nak belajar tinggi melangit pun kena ada duit... nak tabur undi pun kena ada duit...(oppsss....) bukan setakat nak makan minum jer, kiranyer semua perkara yang ada kat muka bumi ni berkait bersangkut dengan perlu adanyer duit... Tak de duit tak boleh jalan tak boleh menjadi.

Orang suka bermegah2 menunjuk2 dengan adanyer duit. Beli itu beli ini, bina rumah sebesar istana pada hal hanya 3-4 orang jer yang duduk dalam rumah tersebut. Bermegah2 dengan kereta mewah besar... Jangan terkejut yer, sekarang ni maruah pun boleh dibeli dengan duit. Untuk duit orang sanggup lakukan apa2 saja, janji dapat duit... janji ada duit, hidup senang...

Ada duit yang banyak ni pun ada juga bagus kebaikkannyer. Terutamanyer rakyat Malaysia yang prihatin, kat mana saja yang perlukan sumbangan sekejap jer jumlah kutipan tu meningkat. Contohnyer yang terbaru ni, Tabung Daulat Sabah. Alhamdulillah, rakyat Malaysia yang kaya raya yang jutawan terbuka pintu hati untuk menyumbang sedikit ke arah tabung tersebut. At lesat dapat juga la meringankan beban yang ditanggung oleh si mangsa...

Tapi jangan lupa pada mereka yang bertaraf rendah yang berpendapatan rendah. Duit juga la yang semakin merendahkan lagi taraf hidup mereka sebenarnyer. Macam mana berlaku, dengan semakin ramainyer orang yang berduit ni, harga barangan keperluan semakin meningkat. Dengan pendapatan harian atau bulanan mereka yg golongan rendah ini semakin tersepit. Mana lagi dengan keperluan harian, keperluan anak2 sekolah... Jadi, kiter sesama la menolong meringankan beban golongan bawahan ini. 

Ada hadis ker pepatah, 'bila seseorang memerlukan pertolongan bantuan dari kamu, sebagai contoh meminjam wang, maka berikan lah... Insyaallah rezeki kamu tidak akan berkurangan dan orang yang kamu hulurkan bantuan tadi akan mendapat berkah hasil dari bantuan kamu...' 




p/s ; aku pun sebenarnyer tengah menghitung hari time2 ujung bulan camgini... almaklu la...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Isnin, 25 Mac 2013

Basikal Sajer...






Basikal sajer... budak mata bulat ni. Tk kira pagi2 hari ker... klu ptg2 mmg dh jadi rutin harian. Mengelilingi rumah2 jiran, mengukur jalan. Dah pandai nk main kt luar pagar lak sekarang ni. Tapi, jgn risau... dia main pun dibawah pengawasan ayah dan kakak Isha dia...

Yer la, nk main kt depan umah tepi umah... tanah yg ada pun 'sekangkang kera...' Kira tak puas pusing la katakan. Ni bagi main kt luar biar penat ckit, kang malam senang dan cepat ckit tidurnyer...

Tapi si mata bulat, Alyn ni mmg agak kedekut ckit ngan adiknyer Harraz. Kesian si Harraz klu dia naik basikal kakaknyer tk sampai semint disuruh turun. Klu adik membonceng kt basikal pun disuruh turun... berat la adik ni, katanyer. Tak per sabar yer Harraz, nnt ayah belikan basikal utk awak lak yer.

Alyn ni pulak dikira rajin jugak basuh basikal dia. Kiranyer time ayah basuh kereta dia pun  akan basuh basikalnyer jugak. Rajin budak ni... macam tu la anak mama...

Entah sampai bila agaknyer boleh bertahan basikal kecik ni. sebabnyer selalu suka sangat campak2kan. Klu lalu ikut longkang kecik ni, dia main tarik jer. Tengok jer la nanti...



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Berangan Nak Pakai Spec....






Haaa... tengok la budak berangan nk pakai spec. Elok2 mata tu normal kang jd rabun la plak. Ni la kes sebenar nak bawa h/phone masa g kelas tambahan sempena cuti sekolah ni. Nk bergambar ngan download lagu dr phone kawan2 rupanyer...

Bila ditanya, cekgu tk marah ke bawak h/phone2 ni. Kang cekgu rampas kang... jawapbyer, tk per... cekgu bagi sbb bukan time sekolah pun. Tu la bebudak zaman skarng ni, dh pandai bergajet2 lak... Balik dr sekolah tgk phone, ermmm bermacam2 gambar ngan lagu2 terkini yg dia downloadnyer.

Ikut suka la, Muhammad Hazeem... tengah cuti sekolah. Nk larang rasa kesian plak sebab orang lain berseronok bercuti sakan. Mereka2 calon UPSR ni kena g kelas tambahan anjuran sekolah pulak. Biar la sekali sekala have fun ngan kengkawan. Janji time belajar kena belajar, jgn nk main2 gak.

Lagi satu, konon2 nk handsome bagai la tu yer, abang... Nanti la mama belikan spec yg tk de power utk pakai suka2...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Ahad, 24 Mac 2013

Gulai Ayam Terengganu Style







Punyer la dh lama dduk kt Paka, Terengganu ni, baru ni la 1st time mencuba sendiri masakan rutin rakyat negeri ini. Ini bukan masakan kari ayam tau, nampak jer mcm kari ayam... tapi bau gulainyer memang lain dr yg lain... sedap... ni la dia Gulai Ayam Terengganu Style punyer.

Sesalunyer org2 kt cni makan dengan nasi minyak tiap2 pagi atau nasi dagang. Dh jadi menu wajib harian mereka saban hari. Nk tahu sebab apa baunyer lain dr yg lain... sebab dia menggunakan rempah tersendiri yg diadun khas. Rempah ni hanya terdapat di negeri Pantai Timur jer. (klu pindah blik KL nnt, kena borong bnyk2 rempah ni)

Yang rajin sangat wat menu ni, jiran kiter. Sebab tu la mintak resepi dr dia, nk try buat sendiri. Haaa... sebenarnyer senang jer cara memasaknyer, bahan pun biasa2 jer. So nanti kt bawah ni, kiter taipkn resepi dan cara buatnyer yer. Lupa lak... terima kasih pada jiran kiter, Puan Zulia Ana yg telah berkongsi resepi dan cara buatnyer... muah...muah...muah...

Bahan2 ;
** Ayam  (itu yg penting, klu tk de... tk menjadi la. hihihi)
**  Bawang Merah & Bawang Putih  ~ dikisar
**  Halia  ~  dikisar
**  Cili Kering  ~  dikisar
**  Rempah 3sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih)
**  Rempah Gulai & Rempah Masak  (ha, ni la rempah yg special tu)
**  Kentang
**  Santan
**  Asam Gelugor @ Asam Jawa
**  Gula Nisan @ Gula Melaka  (klu tk de, gula pasir pun blh... tp lain ckit la rasanyer nnt)
**  Garam
**  Minyak (utk menumis)


Cara2;
**  Ayam dipotong dan dibasuh bersih.
**  Bila semua bahan yg dikisar telah siap. panaskan minyak dan tumis hingga naik bau. Masukkan rempah 3 sekawan dan masukkan Rempah Gulai dan Rempah Masak. Tumis hingga masak dan garing.
**  Masukkan ayam dan kentang. Tambahkn sedikit air dan reneh hingga ayam dan kentang empuk.
**  Bila ayam dan kentang dh empuk, masukkan santan, asam gelugur dan gula nisan. Rasakan masinnyer.
>>  klo nk tambah kerisik pun blh juga, selalunyer klu gunakan ayam pencen kena tambah la kerisik. klu ayam pekan ni tk yah pun tk per...
Dah siap untuk dimakan.....


Jom try.




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Sabtu, 23 Mac 2013

Mee Goreng Basah






Terliur tak tengok!!! hehehe. Ini la menu untuk makan malam hari ini. Dah la tengahari tadi tak masak sebab ada jemputan makan untuk majlis 'naik rumah'... Hari ni 'gantung kuali' kat umah kiter. Kenyang perut makan tengahri tadi dengan menunyer nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, acar nanas, ikan masin dan sambal belacan. hehehe... gemuk la kalau camni.

Nak masak lauk dah malam hari, nanti tak makan juga kesudahannyer. Last2 tanya anak2 nak makan aper, so jawab mereka...'mee goreng...' Bukak frezer tengok bahan2 pun dah ada tinggal masak jer la. Maka bermula la operasi memasak mee goreng sejurus selepas solat garib tadi. (magrib la....). 

Ni bahan2 serta cara2nyer bagi sesapa yang teringin mencuba... kalau tak sedap mengikut selera anda, jangan marah yer...


Bahan-bahannya:
**  mee kuning
**  udang sederhana besar
**  cili kering  ~ dikisar
**  bawang merah ~ dikisar
**  bawang putih  ~  dikisar
**  daging ayam ~ dihiris halus
**  fish ball ~ dibelah 4
**  sawi ~  dipotong-potong
**  tomato ~  dipotong ikut suka
**  sos tomato
**  kicap masin
**  garam secukupnya


Cara-caranya:
1. Kupas udang dan tinggalkan bahagian ekornya. Rebus kulit udang tadi dan ambil airnya. Ketepikan.
Basuh bersih mee kuning. Toskan airnya dan ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan dengan udang dan hirisan daging ayam tadi. Gaul sebati. Masukkan juga kicap masin dan sos tomato. Kacau lagi. Masukkan air rebusan kulit udang tadi.
3. Masukkan fish ball, diikuti mee kuning, hirisan tomato dan sawi. Kacau sebati.
4. Rasakan masinnya dan bolehlah dihidangkan.


Selamat mencuba...






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Jumaat, 22 Mac 2013

Ohh...Oh...Balik Kampung...






huhuhuhu.... waaaaa!!!!... semester break kali ni tak leh balik kampung!!! huhuhuhu... 

Pasti ramai dikalangan warga Pantai Timur yang mana anak2 nyer telah bermula cuti persekolahan semester pertama dah bersemangat berpusu2 untuk pulang ke kampung halaman. alamak...macam nak raya la pulak. Nak buat macam mana... tahun ini kena berkorban sedikit demi anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR bulan September nanti.

Selalunyer kalau time2 camni, kita orang la antara yang pertama "menaiki penerbangan pulang" ke kampung antara jiran2 yang ada... (cabut balik dulu daaa...) almaklum la kita orang ni orang jauh (KL), manakala jiran sebelah2 umah ni setakat balik Kuala Terengganu ngan Ketengah Jaya jer. hihihi... 

Pagi2 ari time nak balik dah riuh 'setaman' dah melambai pulang tinggalkan jiran2 sebelah umah. Seronok gak sebenarnyer situasi macam ni, menampakkan keakraban kami sebagai jiran sebelah menyebelah. Kadang tu saja bergurau mengejek sapa2 yang akan tinggal... bak kata orang ganu 'menyeyeh...' Haaa... kali ini kiter pulak yang kena tinggal duduk diam2 kat taman ni. (padan muka!!!) sambil jadi security guard, menolong tengok2kn umah yang mereka tinggalkan kejap. Ye la, time cuti ni la masing2 nak bawa anak balik kampung, makan angin...

Yang bagusnyer anak2 kiter tak de rasa yang membuak2 nak balik umah nenek. Seminggu sebelum hari cuti sekolah ni pun dia orang selamba jer. Sebab sejak awal tahun lagi dah remindkan mereka, yang tahun ni apabila school break, kita tak de gi jalan makan angin mana2 atau balik umah nenek lama2. Abang ada kelas tambahan kat sekolah sebab tahun ni abang ada periksa UPSR... Alhamdulillah mujur mereka boleh terima dan faham. Bagus anak2 mama... Kalau tak, 2 minggu sebelum cuti dah bising, bila kita nak balik... berapa hari kita gi jalan2... berapa hari duduk umah nenek... kacau2....

Untuk abang pula... sekolah dah siapkan jadual kelas tambahan dari 23-27hb bagi pelajar calon UPSR 2013. Kalau balik KL pun ari Khamis pastu Sabtu dah nak kena balik cni pulak sebab Ahad dah bermula seisi persekolahan. Kesian pula pada anak2 tak puas duduk umah nenek ngan atok. Jadi kami sekeluarga mengambil keputusan yang sepakat, school break kali ni tak payah balik. Kita tunggu school break lagi nanti penhujung bulan Mei ada 2 minggu. Kalau sekolah nak ambil minggu pertama untuk adakan kelas tambahan pun tak mengapa sebab ada lagi seminggu. Ha time cuti ni nanti kita akan balik. Lagi pun tak lama jer lagi.

Buat nenek ngan atok... cuti sekolah ni kita orang tak balik. tapi nanti ada cuti sekolah lagi penghujung Mei, kita orang akan balik... baru dapat lama kt umah nenek dan atok... kita orang pun windukan nenek ngan atok... tapi abang ada sekolah, nak wat camna...

So, pada kengkawan yang nak pulang ke kampung halaman atau membawa anak2 makan angin sempena cuti sekolah ini... selamat bercuti dan bergumbira... berhati-hati semasa perjalanan nanti. Sebelum bercuti pastikan keadaan rumah anda selamat... jangan balik dari bercuti nanti lain hal la pulak. Dan yang paling penting jaga keselamatan anak2 anda semasa bercuti nanti...

Selamat bercuti... bye...bye...



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Khamis, 21 Mac 2013

Amalan Harian...




Marilah kiter sama2 mempraktikkan agar kiter bersama mendapat manfaatnyer dan berkah...


7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

③. Melanggengkan Ber-Istighfar "Barang siapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Shalawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."

⑦.  Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim". Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 20 Mac 2013

Selamat Hari Jadi...










Lama dh rasanyer tk update n3 kt blog kesayanganku ini... Hari ni n3 pasal Kad Hari Jadi dr anakku, Farisha Farhanna untuk sahabatnyer Fatima...

Hishhh...hishhh...hishhh... kesian dia tapi bagus jugak, adalah nampak ke kretifannyer ckit. Tk de la asyik nk main beli jer. Citernyer gini... dh la tengah2 bulan camgeni mintak dibelikan hadiah buat kawannyer tu. Katanyer takut kawan tu tk nk kawan ngan dia jika tk de hadiah ari jadi. alahai... mcm2 la bebudak sekarang ni. pandai lak dh main ugut nk kawan ke tidak...

Jadi utk menyelesaikan masalah kecil ni, sugget la 'cuba kakak buat kad hari jadi sendiri... mungkin kawan tu akan lg suka bila nnt kat skolah kakak yg beri...' jadi dia pun memulakan langkah pertama dengan meng'log out'kan segala mukabuku ngan yaho mail yg kiter tgh on9... pastu dibukanyer 'google' utk search contoh2 kad ucapan serta ayat2 cintanyer...kihkihkih

Maka bermulalah proses menghasilkan sebuah kad ucapan utk hari  jadi kawannyer itu. Dan kiter pun memantau dan memberi ckit idea bagaimana utk menghasilkan kad itu.

Jeng...jeng...jeng... maka terhasil la kad hari jadi...boleh la kalau disukat ditimbang dengan daya kemampuan dia yang baru darjah 3... Abih bersepah segala pensil warna, pen2 warna warni dikeluarkan semuanyer. Dipenghujungnyer.... mama la yg jadi 'tukang kemas'....


 

◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Jumaat, 15 Mac 2013

Sarapan Pagi Jumaat...




Salam Jumaat... dah menjadi kebiasaan orang Terengganu akan bersarapan pagi nasi lemak dengan sambal ikan aye a.k.a tongkol. Jadi pagi ni wat sendiri untuk sarapan seisi keluarga di cuti hujung minggu ni. Anak2 kata 'marvelessss....'




Resepi nasi lemak macam biasa tak banyak bezanyer dari orang lain punyer. Resepi nasi lemak dari mak... Yang ikan aye tu jer belajar sikit dari jiran2 kat sini.

Ditambahkan pula dengan desert puding koktel berkuah dari jiran kiter, Pn Zulia Ana... sememangnyer sedap!!! Terima kasih daun keladi.... **tapi sorry gambar tak dan nak ambik sebab licin sekejap jer...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Khamis, 14 Mac 2013

Pembuka Kata Pagi Ini...




Jom Kita sama2 amalkan doa ini... Semoga rezeki yang lebih berkat akan masuk dalam kehidupan kita...






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Selasa, 12 Mac 2013

Laguku...

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku


Sumber : Relakan Jiwa ~ Hazama

◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Kata2 Nasihat & Pedoman Bersama....










Sama2 kiter perbaiki kelemahan yang kiter ada....




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Jauh....




Rindu rasanyer...  Jauh... telemovie hasil adaptasi dari novel terlaris Jauh ~ Aisya Sofea memang 'berhantu'... tak kira berapa kali dah menontonnya melalui Channel Astro tetap nak gak menonton lagi setiap kali ulang tayang. Pada hal baru jer minggu lepas ada lagi ulang tayang di  Channel 131. Tak puas-puas rasa, hati ni bagai melayang-layang tiap kali menonton telemovie tersebut. Ditambahkan lagi dengan lagu OST untuk telemovie ni dari Hazama ~ Relakan Jiwa  bertambah la 'minat giler'... Mungkin dah jatuh hati pada aksi lakonan aktor popular Adi Putra dan Fouziah Ghous, gabungan yang mantap buat pertama kalinyer menerusi telemovie Jauh ini. Sweet jer kan mereka berdua, romantis... Itu sebabnyer kiter kata 'berhantu...'




Sinopsis telemovie Jauh adaptasi dari novel Jauh ~ Aisya Sofea ;

Secara ringkas cerita ni pasai Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Then Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Diorang kawin. fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.

Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah. 

"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."

Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu. 

"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada." 

Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan. 
Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...!  ~  Info Dari novelcinta.multiply.com






Agaknyer ada tak diterbitkan dalam bentuk dvd... teringin untuk memiliki sebagai koleksi...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA