Khamis, 28 Februari 2013

Menu Hari Ini ~ Ikan Merah Masak Lemak Cili Api






Ikan Merah Masak Lemak Cili Api... itu la menu makan tengahari ari ni. Anak-anak memang suka sangat makan lauk cam geni. Nak buat pun bukan susah sangat. Ni jap agi makan sure lauk ni akan abis waktu makan tengahari jugak. Tapi kuah saja watkan lebih-lebih sikit sebab petang nanti plan nak wat lempeng. SODAP WO!!! makan cicah ngan kuah lemak ni...

Cuba la yer, resepi dan cara amat mudah. Resepi ni pun saya cedok dari internet sebab bila masak ni biar betul-betul sedap, baru best... 


IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API
Resepi  :  Kak Liza Wahab


Bahan-bahan ;
4 keping isi ikan merah
1 mangkuk santan
3 batang serai - diketuk-ketuk
2 biji tomato - dibelah 2
1 helai daun kunyit - dicarik-carik/dikoyak
20 biji cili api**
2 inci kunyit hidup**
3 biji bawang merah**
Perah air asam lima bagi menggantikan asam keping 
Garam dan serbuk perasa secukupnyer

Cara-Cara ;
Kisar bahan bertanda ** terlebih dahulu
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali tomato dan masak atas api yang sederhana saje... dan perlu dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. bila rasa dah ok baru masukkan tomato dan biarkan sekejap. tutup api dan boleh dihidangkan...


SELAMAT MENCUBA




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA