Kebunku Yang Semak Samun
Ni la dia kebun abah kiter bersama-sama adik beradiknyer seluar kira-kira 1/2 hektar. Kesiannyer... bersemak samun kebun tu. Tak per la nanti bila-bila lapang time cuti sekolah kiter balik tolong bersihkan. Nak harapankan abah yang dah berusia tu kesian pulak. Tak larat la abah tu nak kerjakan sorang diri...
Actually keadaan fizikal tanah kat kebun ni memang best. Tanah yang semakin tinggi dapat melihat pemandangan yang cantik sekitarnyer. Nak tahu kat mana kebun ni, kat dengan Pusat Pentadbiran Putrajaya... kira-kira pinggiran la...
Kalau time musim buah memang best. Dapat la merasa durian, rambutan, langsat, duku, nangka, cempedak ngan pulasan secara percuma... Gi jer kebun kutip, tak kisah la kat kebun abah ker kebun pakcik-pakcik ker. Kira semuanyer HALAL... sama-sama tanam dan sama-sama rasa. Itu la berkat dan rahmat jika berbudi pada tanah ni...
TAPI... akan datang mungkin kebun ni tak kelihatan lagi. KERANA??? rumah-rumah bakal didirikan di atas tapak seluas1/2 hektar ni oleh kiter serta sepupu-sepupu... Semua berpakat nak dduk kat tanah ni, berjiran la kami nanti. Pasti seronok terutama bagi abah dan adik-beradiknyer jika semua dapat berkumpul di satu tempat. InsayaAllah...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...