Rabu, 27 Februari 2013

Le Tour de Langkawi 2013




Sebenarnyer nak ambil peta Terengganu jer... hihihi sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 la kata kan...


Le Tour de Langkawi, acara penting yang termasuk dalam kalendar acara sukan tahunan Malaysia sejak tahun 1996 yang sering mendapat perhatian ramai. Baik dikalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Malah yang lebih seronoknyer pelajar-pelajar sekolah yang berkesempatan berbaris sepanjang jalan bagi memberi sokongan kepada semua pelumba basikal yang bertaraf antarabangsa itu.

Tapi, tahun 2013 ni agak suram sedikit sambutannyer di Paka, Terengganu ni. Sebabnyer hampir sepanjang 4-5 hari kebelakangan ni hujan turun tidak berhenti. Penglibatan pelajar sekolah juga berkurangan. Aku, tahun ni sekadar lihat melalui rancangan langsung dari TV1 di kaca televisyen ajer la. Hati tu ada rasa bengang jugak bila kedengaran beberapa helikopter yang terbang melalui ruang udara atas umah aku ini... Kalau la tak hujan pasti aku akan turut mengheret anak kecilku berbaris di bahu jalan... Anak-anak aku paling suka, jerit-jerit sambil lambai-lambai tiap kali kumpulan berbasikal itu melintas di hadapan dia... huhuhu tak de rezeki tahun ni nak lihat Le Tour de Langkawi. Tunggu la tahun depan nanti yer, anak-anak...

Melihat susunan acara tahun ni, banyak pusingan diadakan di Negeri Terengganu. Al maklumla nak promote sekali sempena Tahun Melawat Terengganu... Khabarnya jugak jersi kuning tu pun adalah sponsor dari pihak Negeri Terengganu. Bagus... Bagus... Bagus... Pasni ramai la orang akan datang melawat Terengganu. Itu bagus bagi menaikkan taraf ekonomi rakyat negeri ini. Rezeki tu...

Ciyok... ciyok... semoha acara ini tetap gemilang di tahun mendatang...










◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA