Rabu, 20 Februari 2013

Fizz Fairuz Putus Tunang...




Bekas tunangnyer bini orang... itulah K.A.R.M.A

Pertunangan yang berlangsung dengan meriah bertahan hanya seminggu sahaja.... Pagi ni rata-rata dalam mukabuku mahupun blog-blog memperkatakan mengenai Fizz Fairuz, pelakon yang mula terkenal melalui drama Nur Kasih itu. Difahamkan bahawa pelakon itu telah memutuskan pertunangan yang baru mencecah satu minggu itu kerana 'bekas tunangnyer' adalah isteri orang. 

Sebenarnyer pun aku memang marah gak bila tetiba keluar berita Fizz Fairuz bertunang... tetapi bukan dengan pelakon Almy Nadia. Aku suka sangat dengan sweet couple ini yang telah bertahan bercinta selama 7 tahun. Kesian aku pada almy Nadia pada waktu berita pertunangan itu keluar. Rasa sakitnyer hati bila cinta dipermainkan. Mujur Almy Nadia bertindak mendiamkan diri tanpa sebarang 'statement' di mana-mana dada akhbar. Good Girl!!!

Korang mesti fikir aku gilerkan... sebabnyer aku HAPPY sangat sampai kembang-kembang hidung... mungkin HAPPY untuk Almy Nadia kot. 

Dalam akhbar mengatakan Almy Nadia pernah menyuruh si buah hatinya untuk berubat  setelah melihat perubahan yang berlaku pada diri Fizz Fairuz... Bahayakan kalau main-main sihir ni. Pastu bertunang tanpa usul periksa latar belakang teman hidup yang kita sunting untuk menjadi teman 'setia hujung nyawa'... cehhh, windu pada ersalina ngan zain la ni...

So, Fizz Fairuz... next time berhati-hati la sedikit. Pengalaman anda dah rasai, hargai la permata yang berada depan mata. Sayang Almy Nadia!!!



Gambar Pertunangan Fizz Fairuz dengan Azlyn Masiela

Link Harian Metro Fizz Fairuz putus tunang ; HMetro






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA