Khamis, 28 Februari 2013

Mama Minta Pulsa




Mama Minta Pulsa ~ ABO Channel 953


"Mama minta pulsa... kalau enggak dibagi mama minta nyawa..." hahahaha... itu la citer yang menjadi kegemaran anak2 aku dalam bulan Februari ni. Dari pagi hingga ke malam asyik citer tu jer. Mula2 tengok masing2 takut la konon, siap bertutup ngan bantal bagai. Lepas sekali tengok, tak puas2 ulang lagi... 

Tapi sampai ari ni jer, 28/2/2013 sebab setiap bulan Astro akan tukar pada citer yang lain pulak... Yang bestnyer bila buka citer ni, dia orang akan duduk lekat depan tv. Senang gak la nak wat keje umah. Awal bulan dulu saja dibukakan citer ni sebab suka sangat mengacau aku memasak, mengemas. Pastu time malam payah nak tido aku bukakan citer ni, konon2 nak bagi takut la ckit. Tapi bila dah tiap2 ari tengok, HARAM!!!

Bermula dengan citer Nenek Gayung, Disember lalu berpindah ke Kakek Cangkol. Abih yang tu timbul pula Mama Minta Pulsa @ Mama Minta Kredit Handphone. Citer hantu indon ni banyak yang kelakar sebenarnyer. Citer bodoh2 tak masuk akal gitu... Yang penting bila ada part2 yang kelakar, anak2 happy gelak terbahak-bahak... Boleh la wat saja2 tonton...

Jangan terkejut tau, anak2 aku hafal lagu2 kt semua citer ni... Yg Nenek Gayung, "iwak peyek, iwak peyek, nasinya nasi jagung, ada cewek, ada cewek, namanya nenek gayung..." Siri Kakek Cangkul pulak, "jelengkek jelangkok, sambal petei ulam kangkung..." hahahahaha.... Yang ni pula, "....... kami para pengawal dalam hatimu...." Macam2 la budak2 ni...

March?? tak tahu citer hantu apa lagi yang akan Astro hidangkan. Adakah sambunga dari movie ini, "Papa Minta Pulsa..."











◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Menu Hari Ini ~ Ikan Merah Masak Lemak Cili Api






Ikan Merah Masak Lemak Cili Api... itu la menu makan tengahari ari ni. Anak-anak memang suka sangat makan lauk cam geni. Nak buat pun bukan susah sangat. Ni jap agi makan sure lauk ni akan abis waktu makan tengahari jugak. Tapi kuah saja watkan lebih-lebih sikit sebab petang nanti plan nak wat lempeng. SODAP WO!!! makan cicah ngan kuah lemak ni...

Cuba la yer, resepi dan cara amat mudah. Resepi ni pun saya cedok dari internet sebab bila masak ni biar betul-betul sedap, baru best... 


IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API
Resepi  :  Kak Liza Wahab


Bahan-bahan ;
4 keping isi ikan merah
1 mangkuk santan
3 batang serai - diketuk-ketuk
2 biji tomato - dibelah 2
1 helai daun kunyit - dicarik-carik/dikoyak
20 biji cili api**
2 inci kunyit hidup**
3 biji bawang merah**
Perah air asam lima bagi menggantikan asam keping 
Garam dan serbuk perasa secukupnyer

Cara-Cara ;
Kisar bahan bertanda ** terlebih dahulu
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali tomato dan masak atas api yang sederhana saje... dan perlu dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. bila rasa dah ok baru masukkan tomato dan biarkan sekejap. tutup api dan boleh dihidangkan...


SELAMAT MENCUBA




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 27 Februari 2013

Le Tour de Langkawi 2013




Sebenarnyer nak ambil peta Terengganu jer... hihihi sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 la kata kan...


Le Tour de Langkawi, acara penting yang termasuk dalam kalendar acara sukan tahunan Malaysia sejak tahun 1996 yang sering mendapat perhatian ramai. Baik dikalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Malah yang lebih seronoknyer pelajar-pelajar sekolah yang berkesempatan berbaris sepanjang jalan bagi memberi sokongan kepada semua pelumba basikal yang bertaraf antarabangsa itu.

Tapi, tahun 2013 ni agak suram sedikit sambutannyer di Paka, Terengganu ni. Sebabnyer hampir sepanjang 4-5 hari kebelakangan ni hujan turun tidak berhenti. Penglibatan pelajar sekolah juga berkurangan. Aku, tahun ni sekadar lihat melalui rancangan langsung dari TV1 di kaca televisyen ajer la. Hati tu ada rasa bengang jugak bila kedengaran beberapa helikopter yang terbang melalui ruang udara atas umah aku ini... Kalau la tak hujan pasti aku akan turut mengheret anak kecilku berbaris di bahu jalan... Anak-anak aku paling suka, jerit-jerit sambil lambai-lambai tiap kali kumpulan berbasikal itu melintas di hadapan dia... huhuhu tak de rezeki tahun ni nak lihat Le Tour de Langkawi. Tunggu la tahun depan nanti yer, anak-anak...

Melihat susunan acara tahun ni, banyak pusingan diadakan di Negeri Terengganu. Al maklumla nak promote sekali sempena Tahun Melawat Terengganu... Khabarnya jugak jersi kuning tu pun adalah sponsor dari pihak Negeri Terengganu. Bagus... Bagus... Bagus... Pasni ramai la orang akan datang melawat Terengganu. Itu bagus bagi menaikkan taraf ekonomi rakyat negeri ini. Rezeki tu...

Ciyok... ciyok... semoha acara ini tetap gemilang di tahun mendatang...










◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Selasa, 26 Februari 2013

Kek Sarang Semut @ Kek Gula Hangus





Kek Sarang Semut atau ada juga yang memanggilnyer Kek Gula Hangus, sememangnyer sudah terkenal sejak dulu lagi. Lama rasanyer tak wat kek sarang semut ni. Sebenarnyer bukan susah sangat pun... dah la bahan-bahannyer pun sedikit ajer. Cara penyediaannyer pun tak sesusah mana. Cuma nak kena perapkan selama 3-4 jam untuk dapatkan sarang-sarang yang cantik tu... So pada sesapa yang nak try buat, jom saya dah siapkan resepi dan cara pembuatannyer. Selamat mencuba dan semoga berjaya... Ciyok...ciyok...ciyok...





KEK GULA HANGUS
OLEH : Ieda Farida @iedafaridanyer.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Naz @OvenKecil


Bahan untuk gula hangus :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.

Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil asen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek agak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Ieda akan kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah. 

NOTE :  Kalau rasa-rasa nak kukus kek ni pun boleh juga. Tak jadi 'kesalahan besar' cuma kek ini akan jadi lembab cikit dan rasanyer juga berlainan dengan yang dibakar. Macam gambar kat atas tu Ieda kukus sebenarnyer... hihihi... SELAMAT MENCUBA




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Isnin, 25 Februari 2013

Rajinnyer Dia...






Banyaknyer n3 yang nak di edit malam ni... Jangan bosan membaca yer kengkawan. Ni la yang alam tak update citer, sekali on9... haaa banyakkan.

Rajinnyer anak mama sorang ni mengemas umah. Bagus, bagus, bagus... boleh jadi assistant mama kat umah yer, sayang...

Umur baru 1 1/2, tapi dah pandai memegang vacum. Pandai pulak tu kat mana nak diacunyer... (dah tiap-tiap ari melihat mama wat kerja yang sama) Abih semua bawah-bawah sofa dan kabinet tu nak dibersihkan. Berdengah berdengih suara keluar sambil membawa hos vacum yang panjang dan berat tu. Nampak sangat budak nakal dan lasakkan. 

Ini la dia budaknyer yang menjadi teman berebut bertekak tiap kali mama nak memulakan kerja mem'vacum' umah. Memang jadi kepantangan pada dia kalau mama ni mula la memegang penyapu atau vacum. Pasti dia akan bangun meninggalkan mainan meluru pada kiter nak berebut benda alah tu...

Harap-harap kerajinan ini akan kekal hingga kebesar nanti yer. Jangan hangat-hangat tahi ayam dah la yer...









◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Kebunku Yang Semak Samun







Ni la dia kebun abah kiter bersama-sama adik beradiknyer seluar kira-kira 1/2 hektar. Kesiannyer... bersemak samun kebun tu. Tak per la nanti bila-bila lapang time cuti sekolah kiter balik tolong bersihkan. Nak harapankan abah yang dah berusia tu kesian pulak. Tak larat la abah tu nak kerjakan sorang diri...

Actually keadaan fizikal tanah kat kebun ni memang best. Tanah yang semakin tinggi dapat melihat pemandangan yang cantik sekitarnyer. Nak tahu kat mana kebun ni, kat dengan Pusat Pentadbiran Putrajaya... kira-kira pinggiran la...

Kalau time musim buah memang best. Dapat la merasa durian, rambutan, langsat, duku, nangka, cempedak ngan pulasan secara percuma... Gi jer kebun kutip, tak kisah la kat kebun abah ker kebun pakcik-pakcik ker. Kira semuanyer HALAL... sama-sama tanam dan sama-sama rasa. Itu la berkat dan rahmat jika berbudi pada tanah ni...

TAPI... akan datang mungkin kebun ni tak kelihatan lagi. KERANA??? rumah-rumah bakal didirikan di atas tapak seluas1/2 hektar ni oleh kiter serta sepupu-sepupu... Semua berpakat nak dduk kat tanah ni, berjiran la kami nanti. Pasti seronok terutama bagi abah dan adik-beradiknyer jika semua dapat berkumpul di satu tempat. InsayaAllah...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Alyn Oh Harraz...






Sama tak??? Comeii tak??? Actually gambar ni dh ambik last week, cuma tak berkesempatan nak edit dalam blog ni... Jangan tersalah pandang tau, ni sorang anak kiter yang pompuan dan sorang lagi lelaki @ a.k.a si kakak dan si adik "si kembar" (orang-orang kat sini yang gelarkan tiap kali nampak dua beradik ni bermain sesama)

Citernyer bermula... nak menghantar si kakak yang darjah tiga gi mengaji Quran. Yang kakak Alyn tiap kali mengikut antar mesti nak bertudung... jadi macam biasa la pakaikan la hijab ker dia. Tetiba pulak si adik Harraz pulak bising mulut berebut tudung dok menarik-narik tudung yang alyn pakai. Adusss... serabut kepala...

Jadi kiter pun bangun ambik la satu lagi tudung bagi meleraikan perebutan yang semakin bisng dan bingit. Ha... pakaikan sekali baru senyap. Ni la kali pertama, saja-saja gatal tangan nak pakai tudung pada si kecik leleki ni. Comel gakkan bila dah ambik gambar... Saja jer wat koleksi, biar esok besar tergelak besar tengok gelagat zaman kanak-kanak. Tapi kiter berdoa agar jangan la tabiat ini kekal sampai ke besar. Mintak dijauhkan...

Sebenarnyer lepas dipakaikan tudung ni, sekejap jer lekat kat kepala dia. Pastu ditariknyer... Mungkin panas kot. Haaa... baru tahu, rebut lagi la tudung ngan kakak... Sejak hari itu tak dimintanyer lagi tudung si kakak...







◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Khamis, 21 Februari 2013

Pisang Oh Pisang...





Pisang Oh Pisang... korang mesti suka makan pisangkan. Macam-macam resepi boleh dibuat dengan pisang ni. Kalau ada orang yang bermurah hati sedekahkan pisang di masjid-masjid dan surau, mesti mendapat sambutan ramai. Sekejap jer orang dah serbu sampai bawak balik la masuk poket untuk makanan sepanjang perjalanan pulang. Betul tak??? Macam anak kiter, Muhammad Hazeem. Kalau ada pisang free kat surau mesti disapunyer... Kalau gi pasar, mesti beli punyer untuk wat cucur pisang atau makan begitu sahaja...
Dah korang tiap-tiap ari makan pisang ni, tahu tak apa khasiatnyer. Cer baca...

FAKTA
  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO
  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
  • Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
  • Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

10 Khasiat Buah Pisang

Selain menjadi favorit sebagian besar atlet, buah pisang juga memiliki khasiat bagi kesehatan serta kecantikan. Namun untuk mendapatkan manfaatnya, Anda perlu cermat memilih. Pasalnya hanya pisang yang matang saja yang dapat mengubah gula darah menjadi glukosa alami, serta cepat diabsorsi ke dalam peredaran darah.

Ciri-ciri pisang yang matang, adalah pisang yang kulitnya berwarna hijau kekuning-kuningan dengan bercak cokelat atau kuning. Semua kandungan dalam pisang matang tersebut, akan memberikan beberapa manfaat kesehatan, terutama bagi:

1. Sumber Tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, sehingga gula yang terdapat didalamnya akan diubah menjadi sumber tenaga yang baik untuk pembentukan tubuh, kerja otot dan juga sangat bagus untuk menghilangkan lelah.

2. Ibu Hamil
Wanita yang tengah hamil dianjurkan untuk mengkonsumsi pisang, karena mengandung asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan.

Sebuah pisang matang, akan mengandung sekitar 85-100 kalori. Sehingga dengan memakan dua pisang segar, kebutuhan asam folat yang sekitar 58 mikrogram dapat terpenuhi. Di samping itu pisang akan membantu menjaga kadar gula darah yang dapat mengurangi morning sick, sehingga pisang sangat baik untuk cemilan ibu hamil.

3. Penderita Anemia
Kandungan zat besi yang cukup tinggi pada pisang, dapat menstimulasi produksi hemoglobin dalam darah bagi penderita anemia. Dua buah pisang sehari, sangat baik untuk penderita anemia.

4. Penderita Sakit Maag
Sebagai buah yang dapat dikonsumsi langsung, pisang tak membuat iritasi atau kerusakan usus bagi penderita maag. Buah ini sering digunakan untuk melawan penyakit usus, sebab teksturnya lembut.

Pisang juga dapat menetralkan kelebihan asam lambung dan melapisi perut sehingga mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau kolik akibat asam lambung, Anda dapat mengkonsumsinya dengan di campur pada segelas susu cair.

5. Penderita Penyakit Lever
Bagi penderita lever, dua buah pisang sehari dengan tambahan satu sendok madu, akan baik untuk menambah nafsu makan dan meningkatkan kuat.

6. Penderita Luka Bakar
Khusus untuk penderita luka bakar, Anda dapat menggunakan daun pisang sebagai pengobatan. Caranya, kulit yang terbakar dioles dengan campuran abu daun pisang dan minyak kelapa. Campuran ini mampu mendinginkan kulit yang terbakar.

7. Yang Mengalami Stress
Pisang mengandung potasium, yaitu mineral vital yang membantu menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisme tubuh akan meningkat drastis sehingga mengurangi kadar potasium tubuh. Dengan pisang, potasium dalam tubuh kadarnya akan seimbang.

8. Penderita Stroke
Berdasarkan riset The New England Journal of Medicine, mengkonsumsi pisang setiap hari akan menurunkan resiko kematian akibat stroke hingga 40%.

9. Mengontrol Temperatur
Di beberapa negara, pisang dipandang sebagai makanan pendingin yang dapat menurunkan temperatur fisik dan emosional ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil mengkonsumsi pisang untuk memastikan bayi lahir dengan temperatur sejuk.

10. Meningkatkan Kekuatan Otak
Di sebuah sekolah Inggris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya dengan sarapan pisang. Mereka juga kerap mengkonsumsi pisang saat jam istirahat serta makan siang, sebab pisang mampu meningkatkan kekuatan otak.

sumber:beritaunik.net





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 20 Februari 2013

Fear Factor Selebrati Malaysia






Korang tengok tak rancangan realiti terbaru Astro, Fear Factor Celebraty Malaysia. Actually rancangan sebegini memang best untuk menguji sejauh mana tahap ketakutan kita. Bak kata pengacaranya yang handsome Aaron Aziz, "ketakutan bukan la faktor..."
 
Apa yang tak best bagi aku, adalah seorang celebraty ni... tengok muka je bengang ngan attitude dia. Macam kurang ajar, berlagak... konon-kononnyer hebat la terrer la pandai la... Tak guna la ko belajar tinggi melangit tapi attitude 'zero'. Kenapa la dia tak tersingkir pada minggu yang sepatutnyer dia tersingkir. Cakap tu biar la berfikir akan sensitiviti sikit, jangan main lepas jer. Cara itu menunjukkan otak ko 'zero'... Berlumba la secara murni secara baik...
Patutla muka dia jarang-jarang keluar kat tv. Payah jugak la nak tengok dia ni berlakon. Agaknya dah memang perangai dia yang camtu maka direktor-direktor kat Malaysia ni kurang nak tawarkan dia berlakon. Lepas ni surenyer kalau dia keluar tv, aku akan tukar channel lain... kihkihkih...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Fizz Fairuz Putus Tunang...




Bekas tunangnyer bini orang... itulah K.A.R.M.A

Pertunangan yang berlangsung dengan meriah bertahan hanya seminggu sahaja.... Pagi ni rata-rata dalam mukabuku mahupun blog-blog memperkatakan mengenai Fizz Fairuz, pelakon yang mula terkenal melalui drama Nur Kasih itu. Difahamkan bahawa pelakon itu telah memutuskan pertunangan yang baru mencecah satu minggu itu kerana 'bekas tunangnyer' adalah isteri orang. 

Sebenarnyer pun aku memang marah gak bila tetiba keluar berita Fizz Fairuz bertunang... tetapi bukan dengan pelakon Almy Nadia. Aku suka sangat dengan sweet couple ini yang telah bertahan bercinta selama 7 tahun. Kesian aku pada almy Nadia pada waktu berita pertunangan itu keluar. Rasa sakitnyer hati bila cinta dipermainkan. Mujur Almy Nadia bertindak mendiamkan diri tanpa sebarang 'statement' di mana-mana dada akhbar. Good Girl!!!

Korang mesti fikir aku gilerkan... sebabnyer aku HAPPY sangat sampai kembang-kembang hidung... mungkin HAPPY untuk Almy Nadia kot. 

Dalam akhbar mengatakan Almy Nadia pernah menyuruh si buah hatinya untuk berubat  setelah melihat perubahan yang berlaku pada diri Fizz Fairuz... Bahayakan kalau main-main sihir ni. Pastu bertunang tanpa usul periksa latar belakang teman hidup yang kita sunting untuk menjadi teman 'setia hujung nyawa'... cehhh, windu pada ersalina ngan zain la ni...

So, Fizz Fairuz... next time berhati-hati la sedikit. Pengalaman anda dah rasai, hargai la permata yang berada depan mata. Sayang Almy Nadia!!!



Gambar Pertunangan Fizz Fairuz dengan Azlyn Masiela

Link Harian Metro Fizz Fairuz putus tunang ; HMetro






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Selasa, 19 Februari 2013

Info Berguna Untuk Bersama...






Petua Untuk Anak Menduduki Peperiksaan

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:

1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa seperti berikut:

” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan dibiarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.






◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Ahad, 17 Februari 2013

Kem Pengawas, Pengawas Pustaka & PRS






Satu Kem Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan dari 14-16 Februari 2013 di Sekolah Kebangsaan Seri Paka. Kem ini bertujuan membentuk sahsiah diri dan motivasi dikalangan ahli-ahli pengawas sekolah.

Mereka juga telah bermalam di sekolah selama kem ini berjalan. Ini la antara sorotan gambar semasa pendaftaran bagi program ini..


 Beratur untuk pendaftaran masuk dan kunci "bilik hotel" masing-masing


 Apalagi dah dapat "kunci bilik" tu, angkat la barang-barang anda...


 Bersemangat korang yer nak masuk kem. Siap bawak tikar, bantal ngan toto... Nak duduk 3 hari 2 malam jer, tapi barang macam seminggu nak berkampung...


 Ha... ni la dia "hotel 5 bintang" yang dia orang dah check in... bestkan... tema bersantai di mana-mana. pilih jer lek mana nk lending...


Amboi... korang ingat ini seisi bersantai-santai berbaring-baring... derahh la ckit, cekgu dah panggil berkumpul kat dewan sekolah tu. main-main jer korang yer, kek gi cekgu Alizan mari... baru berterabor korang...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Sabtu, 16 Februari 2013

Aktiviti Sepanjang 2013






Waaaa.... ni la dia antara aktiviti yang telah dirancang oleh Sekolah Kebangsaan Seri Paka, bagi pelajar UPSR 2013 sepanjang tahun ini. Banyakkan??? Ni la persediaan awal pihak sekolah kerana target untuk 5A telah ditingkatkn dari 40 orang ke 45 orang bagi tahun 2013. Hopefully dengan adanyer pelbagai kegiatan aktiviti ini dapat mencapai target yang pihak sekolah harapkan. Semoga dalam 45 orang itu adalah Muhammad Hazeem Monhd Nazri tersenarai antara pelajar yang mendapat 5A... 

Cekgu dah berpesan awal-awal kepada ibubapa pelajar UPSR 2013... "mana-mana yang dah plan nak berjalan, makan angin... minta ditangguhkan dahulu sehingga berakhirnya UPSR nanti... harap dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak kita agar berjaya di UPSR nanti..."







◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Khamis, 14 Februari 2013

Halwa Mata Hari Ini...






Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.

----------------------------------------------------------------------

Tak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi seorang model. Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Jumaat, 8 Februari 2013

Renungan Utk Hari Ini...





Bersama kita membaca dan renungkan kebaikan yg tersirat dan tersurat dlm petikan dibawah ini...







◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Selasa, 5 Februari 2013

Renungan Bersama....





Mulakan hari dengan niat yang positif, dan amal yang soleh serta bersyukur dengan nikmat pemberian Allah. Semoga hari ini lebih baik berbanding semalam. Insya_Allah....




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA