Selasa, 8 Januari 2013

Ribut Tropika Sonamu




Amaran kedatangan Ribut Tropika Sonamu telah dikeluarkan kepada semua penduduk Pantai Timur terutama yang mendiami kawasan persisiran laut oleh Majlis Keselamatan Negara kelmarin. Ianya diramal bakal melanda Pantai Timur negara seawal jam 2 petang kelmarin. Takut dan risau kan??? Walaupun dikhabarkan negara hanya akan merasai tempias daripada Ribut Tropika Sonamu tersebut namun perasaan gusar, risau dan takut tetap menghantui penduduk berhampiran pantai di Pantai Timur seperti aku. Aku mula memikirkan bagaimana agaknya kedatangannya nanti yang dikatakan selaju 70km sejam itu. Risau memikirkan kemusnahan akibat bencana tersebut. 

Jabatan Meteorlogi turut memberi amaran ribut kuat akan melanda bahagian Pantai Timur antara 7 hingga 9 Januari yang membawa bersama angin kencang dan menyebabkan laut bergelora. Ya Allah, Engkau selamatkan la kami, lindungilah kami dari bencana dugaanMu ini.

Khabarnya rata-rata penduduk Pantai Timur terutama yang mendiami persisiran pantai Jajahan Bachok, Kelantan telah melakukan solat hajat bersama-sama memohon agar Allah menyelamatkan serta melindungi kami dari dugaan yang bakal melanda ini. Semua ini kuasa dan ketentuan dari Allah, jika Dia mengkehendakkan terjadi maka terjadi la... Kita sebagai hambaNya yang kerdil hanya mampu berdoa bertawakal agar dilindungiNya. Kebanyakkan penduduk sekitar persisiran pantai telah mengambil langkah awal dengan mengosongkan dan berpindah dari kediaman masing-masing ke tempat yang lebih selamat.

Hospital Besar Kuala Terengganu turut melakukan langkah awal dengan mengosongkan kesemua tingkat bawah hospital terbabit. Ye la, hospital ini pun sememangnya berdekatan dengan pantai Batu Buruk. Begitu juga perkhabarannya yang mana Hospital Daerah Dungun telah menghantar pesakit-pesakit yang terbabit dengan kes yang besar ke Hospital Besar Kuantan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum Ribut Tropika Sonamu melanda bumi Pantai Timur. 
 

Nasihat Ribut Tropika

Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.



Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.



Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

 
‘Jangan panik, tidak seteruk Katrina’

Kuala Terengganu: Orang ramai diminta tidak panik dengan amaran fenomena ribut tropika Sonamu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang dikesan berlaku jam 2 petang kelmarin sejauh 756 kilometer ke timur laut Dungun berikutan ia dilaporkan pegun dan lemah sebaik sampai ke Pantai Timur.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad berkata, orang ramai terutama penduduk di pinggir pantai tidak perlu panik dengan amaran Sonamu yang dikeluarkan JMM kerana ia tidak seteruk yang didakwa kononnya seperti fenomena Taufan Katrina atau Tsunami yang pernah berlaku.

“Sehingga kini MKN tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada mana-mana pihak supaya penduduk berpindah kerana mengikut JMM, fenomena Sonamu berlaku di tengah laut dan tempias yang sampai ke perairan negeri ini berskala kecil serta lemah.
“Maklumat terbaru diterima MKN daripada JMM, tempias Sonamu akan beralih ke kawasan bawah Pantai Timur serta kebarangkalian untuk berlaku ribut kuat dan ombak besar yang dihebohkan segelintir pihak melalui Internet dan sebagainya, tidak akan berlaku,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun fenomena Sonamu itu tidak menyebabkan kejadian membahayakan orang ramai, namun aktiviti ke laut seperti menangkap ikan perlu dielakkan.

“MKN menasihatkan nelayan di Pantai Timur tidak menjalankan sebarang aktiviti di laut kerana dibimbangi membahayakan keselamatan selain fenomena itu dikhuatiri mengakibatkan banjir gelombang ketiga.

“Berdasarkan kajian, fenomena itu akan menyebabkan berlakunya hujan dalam kuantiti tinggi seterusnya boleh menyebabkan banjir besar. MKN sudah bersiap sedia dari segi pangkalan hadapan,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08 http://www.hmetro.com.my

◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA