Basikal Fixie ~ Part 2
Alhamdulillah.... tercapai jua hajat anakku, Muhammad Hazeem untuk memiliki basikal fixie ini. Walaupun tidak seperti yang diidamkan berwarna biru + putih, dapat yang ini pun bersyukur. Puas mengelilingi Paka, Kertih hingga ke pekan Kuala Dungun mencari seperti yang dikehendaki tetapi bukan rezeki... nak wat camna. Ini pun hasil saguhati tatkala dia bersunat pada hujung tahun yang lalu, saguhati pemberian makcik2 pakcik2 atok2 dan nenek2...
Boleh la digunakan untuk ke sekolah, untuk hadiri aktiviti sekolah sebelah petang dan tuisyen. Tak perlu la lagi nak berkejar-kejar masa menghantar dan mengambil dia pulang dari sekolah. Harap-harap, basikal fixie ini digunakan dan dapat dijaga dengan sempurna. Ingat!!! hendak memilikinya bukan senang, bila dah dapat jaga lah dengan elok, yer sayang...
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...