Khamis, 31 Januari 2013

Kem Pemantapan Sahsiah




Semalam 30/1/2013, buat kali pertama anakku Muhammad Hazeem mengikuti program anjuran Sekolah Kebangsaan Seri Paka, Kem Pemantapan Sahsiah dari 30/1/2013 hingga 1/2/2013 yang bertempat di Pusat  Latihan Felda 2, Paka.

Diharap program sebegini dapat memberi impak dan pengalaman yang berguna untuk pengetahuan dimasa akan datang... semoga dapat memperbaiki segala kelemahan diri dan berubah menjadi yang lebih baik... 



 Disini la tempatnya berlangsung program Kem Pemantapan Sahsiah, khusus buat pelajar tahun 6 bagi menghadapi UPSR nanti


 Besar dan cantik tempat diadakan krusus sebegini walaupun diceruk felda


 Ramainyer pelajar yang beratur untuk pendaftaran


 Taklimat pertama setelah selesai proses pendaftaran dan tempat penginapan


 Cekgu yang juga urusetia program memberi arahan kepada semua pelajar yang mengikuti prgram ini


 Bergerak ke dewan taklimat pertama... bermula la program ini selama 3 hari 2 malam... semoga mendapat matfaat anakku dari program sebegini


 Berkumpul beramai-ramai bersama fail masing-masing


Menunggu giliran proses pendaftaran







◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Renungan Bersama Hari Ini...

♥"...Salah satu jihad seorang lelaki ialah menahan nafsu dan matanya dari melihat seorang wanita yang bukan mahram.Salah satu jihad seorang wanita ialah menahan nafsu dan matanya dari memakai pakaian yang buleh tarik perhatian dan nafsu lelaki terhadapnya..."♥



Setitik air mata yang jatuh dari kelopak mata kerana mengenangkan dosa & kejahatan yang dilakukan jauh lebih mulia daripada seribu titik air mata yang jatuh dari kelopak mata kerana kerana kekecewaan di dunia



Pasti semua nak yang baik-baik kan ^^


◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Selasa, 29 Januari 2013

Perarakan Maulidur Rasul ~ SK Seri Paka




Pagi ni jam 8.30 dalam suasana yang mendung, berarak la anak-anakku mengelilingi Kampung Cacar, Paka sempena Majlis Perarakan Maulidur Rasul sekolah Kebangsaan Seri Paka. Syukur Alhamdulillah masih tetap diperaktikkan saban tahun dari anakku tahun 1 hingga dah tahun 6 ni... Melentur buluh biar dari rebungnya... itulah yang ditanamkan dan disematkan dalam hati setiap pelajar agar terus dan tetap mencintai Islam dan Rasul Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Pengorbanan dan kesetiaan warga pendidik Sekolah Seri Paka memberi semangat dan menemani anak-anak didiknya berarak kelilingi Kampung Cacar sambil melaungkan dan berselawat ke atas Junjungan besar kita...

Berpakainan cantik dan segak anak-anak sekolah ini, tersenyum indah tatkala beramai-ramai berselawat ke atas Nabi s.a.w sambil membawa sepanduk-sepanduk kata-kata indah yang ditujukan khusus buat Nabi Muhammad s.a.w...

Doa dan harapan semoga acara sebegini tetap menjadi agenda tahunan kalendar bagi Sekolah Seri Paka bagi tahun berikutnya... Syabas wahai para cekgu2...
 

Inilah antara sedikit sisipan gambar sepanjang perarakan sempena Maulidur Rasul buat tatapan kengkawan semua...

 Begitu bersemangat anak-anak kita berarak sambil membawa sepanduk


 Ini pula antara anak-anak yang mewakili rumah biru


 Ni pula anak dara aku yang comel... suka hati gumbira kerana ini merupakan kali ke 3 diizinkan Allah dapat  berarak sempena sambutan Maulidur Rasul 


 Rumah merah yang ceria dan menyerlah warnanya...


 Puteri-puteri bakal pemimpin negara yang bersemangat sekali...


 Antara warga didik Sekolah Kebangsaan Seri Paka yang turut sama berarak sambil memberi semangat kepada anak didiknya...


 Antara orang kuat yang menjayakan acara tahunan ini saban tahun


Berakhir sudah... semoga dipanjangkan usia untuk turut sama berarak di tahun hadapan...







◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Isnin, 28 Januari 2013

Spegatti Meatball






Lama tak makan spegatti meatball ni... Ini request dari anak bujang kiter, Muhammad Hazeem. Dah jemu agaknyer asyik makan nasi jer. So pergi la mama ni ke supermarket mencari bahan-bahan yang diperlukan. Oleh kerana dah selalu buat resepi ni... maka masa yang diambil untuk menyiapkan keseluruhan hidangan tak la terlalu lama.

Ber"spegatti" la menu makan malam kami sekeluarga hari Sabtu lepas. Dah la petang mama mi buat pavlova. Siap ber"pavlova" si anak pulak nakkan spegatti... Sayang ke anak punya pasal, bangun lah jugak mengerjakannyer.

Bila makan malam tak abis, aku masukkan dalam frezer untuk wat breakfast esok. Pandaikan, jimat pun jimat. Senang... bangun pagi masukkan dalam microwave dah siap panas... tinggal makan jer... hihihi


Jemput makan semua... eh eh eh ... jemput tengok...


 

◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

PAVLOVA Projek...






Projek ber"pavlova" ni sebenarnyer projek petang sabtu yang lepas. lambat pulak nak edit n3... 

Tengok pada nama pasti terliurkan. begitu juga la aku, dari Paka sampai ke Bangi baru dapat merasa. Thanks to my friend, Maizun Tunut yang sudi membuatkan bagi kawannyer ini merasa. Pas balik dari KL try la wat sendiri sebab anak-anak pun tak puas makan ari tu. Lihat dari cara pembuatannya tak la susah mana. bahan-bahan pun simple jer, tapi nak menunggu siap tu yang mencabar hati sikit... Kena berhati-hati dari awal proses pembuatannya. Semua nak kena bersih dan cermat... huhuhu...

Hasilnya... ermmm, boleh kira ok la jugak sebab baru 1st time membuat benda alah ni. En suami kata, boleh tahan la... cuma kena improve lagi.. kali pertama buat memang la tak sempurna tak mengilkut piawaian yang dikehendaki. Anak-anak pulak kata, tak pe la mama... janji boleh dimakan...

Untuk resepi pulak... korang ambik jer la dari link dibawah ni. Nak menaip satu persatu banyak la pulak. Sebenarnya aku pun mencedok resepi dari sis ni juga... Tahnks yer, sis...

Resepi Pavlova ; http://www.tiffinbiru.com/2011/11/pavlovaibarat-cinta-puteri-salju.html







◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Jumaat, 25 Januari 2013

Basikal Fixie ~ Part 2







Alhamdulillah.... tercapai jua hajat anakku, Muhammad Hazeem untuk memiliki basikal fixie ini. Walaupun tidak seperti yang diidamkan berwarna biru + putih, dapat yang ini pun bersyukur. Puas mengelilingi Paka, Kertih hingga ke pekan Kuala Dungun mencari seperti yang dikehendaki tetapi bukan rezeki... nak wat camna. Ini pun hasil saguhati tatkala dia bersunat pada hujung tahun yang lalu, saguhati pemberian makcik2 pakcik2 atok2 dan nenek2...

Boleh la digunakan untuk ke sekolah, untuk hadiri aktiviti sekolah sebelah petang dan tuisyen. Tak perlu la lagi nak berkejar-kejar masa menghantar dan mengambil dia pulang dari sekolah. Harap-harap, basikal fixie ini digunakan dan dapat dijaga dengan sempurna. Ingat!!! hendak memilikinya bukan senang, bila dah dapat jaga lah dengan elok, yer sayang...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul s.a.w





Salam Maulidur Rasul s.a.w kepada semua pembaca blog ini. Syukur alhamdulillah diberi peluang bernafas lagi di pagi Khamis yg penuh berkat sempena kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Banyakkan la berselawat atas baginda Rasullullah s.a.w, nabi yang kita sayangi dan rindui...

Bila hari Maulidur Rasul ni teringat zaman persekolahan kanak-kanak dahulu. Setiap tahun sambutan hari Maulidur Rasul ini dibuat dengan penuh bermakna dan meriah. Kami pelajar sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda akan berjalan mengelilingi pulusuk kampung sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Amalan tersebut, alhamdulillah masih dipratikkan hingga ke hari ini. Sekarang zaman persekolahan bagi anak-anakku pula yang menyambut hari Maulidur Rasul sama seperti aku di zaman persekolahan dahulu. Meraiah tetap meriah saban tahun...



p/s  :  bagi negeri yang tidak bercuti hari ini... selamat bekerja...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 9 Januari 2013

Setia Hujung Nyawa




Suka tak tengok citer ni di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam... Suka, suka...kan... sampai terkejar-kejar la time nak sembahyang magrib dek cerita ni punya pasal.

Suhan Movies, selepas cerita Cinta itu Milikku... sekarang kita ditontonkan lagi satu cerita adaptasi sebuah novel yang membuai-buai perasaan kita. Waktu tayangan hampir sejam cepat berlalu. Tak puas menonton, nak lagi... nak lagi... hinggakan untk menunggu kesimambungan esok hari umpama setahun menanti, membuak-buak perasaan hati nak tahu apa lagi kejutannya, apa lagi kisahnya... Hebatkan... Dah menjadi trend kini banyak cerita yang disiarkan di kaca tv diambil diolah dari sebuah novel. 


Ha... ni novel asalnya. g cari, baca puas-puas. hihihi


Ini pula antara barisan pelakon @ watak utama bagi slot akasia yang semakin ramai peminatnya...


Nak tahu apa sinopsisnya... ker memang ramai yang dah tahu...

**  Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun dipandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia namun hakikatnya, Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakkan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan perkahwinan, barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagiaan rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalinaterbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah kepada orang baru iaitu Eriza??? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina???

Jadi??? jom sama-sama kita ikuti kesudahan adaptasi novelis ini di slot akasia...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Selasa, 8 Januari 2013

Ribut Tropika Sonamu




Amaran kedatangan Ribut Tropika Sonamu telah dikeluarkan kepada semua penduduk Pantai Timur terutama yang mendiami kawasan persisiran laut oleh Majlis Keselamatan Negara kelmarin. Ianya diramal bakal melanda Pantai Timur negara seawal jam 2 petang kelmarin. Takut dan risau kan??? Walaupun dikhabarkan negara hanya akan merasai tempias daripada Ribut Tropika Sonamu tersebut namun perasaan gusar, risau dan takut tetap menghantui penduduk berhampiran pantai di Pantai Timur seperti aku. Aku mula memikirkan bagaimana agaknya kedatangannya nanti yang dikatakan selaju 70km sejam itu. Risau memikirkan kemusnahan akibat bencana tersebut. 

Jabatan Meteorlogi turut memberi amaran ribut kuat akan melanda bahagian Pantai Timur antara 7 hingga 9 Januari yang membawa bersama angin kencang dan menyebabkan laut bergelora. Ya Allah, Engkau selamatkan la kami, lindungilah kami dari bencana dugaanMu ini.

Khabarnya rata-rata penduduk Pantai Timur terutama yang mendiami persisiran pantai Jajahan Bachok, Kelantan telah melakukan solat hajat bersama-sama memohon agar Allah menyelamatkan serta melindungi kami dari dugaan yang bakal melanda ini. Semua ini kuasa dan ketentuan dari Allah, jika Dia mengkehendakkan terjadi maka terjadi la... Kita sebagai hambaNya yang kerdil hanya mampu berdoa bertawakal agar dilindungiNya. Kebanyakkan penduduk sekitar persisiran pantai telah mengambil langkah awal dengan mengosongkan dan berpindah dari kediaman masing-masing ke tempat yang lebih selamat.

Hospital Besar Kuala Terengganu turut melakukan langkah awal dengan mengosongkan kesemua tingkat bawah hospital terbabit. Ye la, hospital ini pun sememangnya berdekatan dengan pantai Batu Buruk. Begitu juga perkhabarannya yang mana Hospital Daerah Dungun telah menghantar pesakit-pesakit yang terbabit dengan kes yang besar ke Hospital Besar Kuantan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum Ribut Tropika Sonamu melanda bumi Pantai Timur. 
 

Nasihat Ribut Tropika

Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.



Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.



Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

 
‘Jangan panik, tidak seteruk Katrina’

Kuala Terengganu: Orang ramai diminta tidak panik dengan amaran fenomena ribut tropika Sonamu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang dikesan berlaku jam 2 petang kelmarin sejauh 756 kilometer ke timur laut Dungun berikutan ia dilaporkan pegun dan lemah sebaik sampai ke Pantai Timur.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad berkata, orang ramai terutama penduduk di pinggir pantai tidak perlu panik dengan amaran Sonamu yang dikeluarkan JMM kerana ia tidak seteruk yang didakwa kononnya seperti fenomena Taufan Katrina atau Tsunami yang pernah berlaku.

“Sehingga kini MKN tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada mana-mana pihak supaya penduduk berpindah kerana mengikut JMM, fenomena Sonamu berlaku di tengah laut dan tempias yang sampai ke perairan negeri ini berskala kecil serta lemah.
“Maklumat terbaru diterima MKN daripada JMM, tempias Sonamu akan beralih ke kawasan bawah Pantai Timur serta kebarangkalian untuk berlaku ribut kuat dan ombak besar yang dihebohkan segelintir pihak melalui Internet dan sebagainya, tidak akan berlaku,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun fenomena Sonamu itu tidak menyebabkan kejadian membahayakan orang ramai, namun aktiviti ke laut seperti menangkap ikan perlu dielakkan.

“MKN menasihatkan nelayan di Pantai Timur tidak menjalankan sebarang aktiviti di laut kerana dibimbangi membahayakan keselamatan selain fenomena itu dikhuatiri mengakibatkan banjir gelombang ketiga.

“Berdasarkan kajian, fenomena itu akan menyebabkan berlakunya hujan dalam kuantiti tinggi seterusnya boleh menyebabkan banjir besar. MKN sudah bersiap sedia dari segi pangkalan hadapan,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08 http://www.hmetro.com.my

◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Ahad, 6 Januari 2013

Sayang - Shae




Akhirnya dapat juga memiliki lagu faveret yang 1 nih... payahnyer la nk search. Bestkan liriknya, bersahaja, simple dan mudah diingati. Mula-mula dengar kat radio ingatkan Rossa punya lagu dia nyanyi secara unplugged. Sebab suara dan lenggong lagu mirib penyanyi kesayanagn ramai tu, Rossa...

Puas hati gak dapat tengok video klipnya. Cun gak penyanyi lagu ni... Lagu ni sesuai untuk pacar-pacar  yang berjauhan... Tapi aku suka gak nyanyikan lagu ni untuk en suami tersayang. Sambil-sambil kemas umah nyanyi lagu ni, sambil-sambil masak kat dapur... Haaa... bagi anak dara jangan amalkan nyanyi kat dapur yer, nanti dapat suami tua!!! Aku tak apa sebab aku dah berlaki...




Jom layan...




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Jumaat, 4 Januari 2013

Geramnyer...




Geramnyer rasa hati, pagi-pagi hari tadi...  Semalam kiter ada upload gambar tentang 'Karipap Kentang' dalam mukabuku. Saja-saja nak update status. Cerita sebenarnya... memang kuih karipap tu kiter ikut dari resepi kawan blog ~ Ros Jintanmanis. Akak ni ada bagi cara dan resepi untuk buat kulit karipap yang ranggup dan sedap. Jadi tak salahkan kalu kita mencuba resepi dari kawan-kawan mahupun resepi dari internet yang berlambak-lambak ni. Tujuannya untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam resepi atau cara pembuatan kita.

Ini bukan kali pertama kiter buat kuih karipap, dah banyak kali... Walaupun en suami serta anak-anak kata sedap kuih yang selama ini kiter dah pernah buat... tapi hati tu bila ada terbaca atau ter'search' resepi yang lebih baik terus la nak memcuba, nak rasa nak tengok bagaimana hasilnya. Adakah lebih baik lebih bermutu dari resepi asal kiter. Bukannya nak meniru atau meng'copy' dari resepi orang pastu nak kata itu resepi original kita.. Setiap resepi yang kita ikut.... kita ada komen pada blogger itu sendiri minta izin mengatakan yang kita dah cuba dan hasilnya memang seperti yang diperkatakan...

Adalah seorang hamba Allah ni telah mengomen kat mukabuku. Mula-mula tengok gambar terliur air liur tapi bila tahu ambik resepi dari orang lain terus terbantut selera.... Ada ke patut dia wat komen sebegitu. Tak pe la, kiter ambil ia sebagai komen yang positif... 

Nak tahu apa yang kiter balas... Tak salah mencuba resepi dari orang lain atau internet jika kita mahu memperbaiki kelemahan kekurangan dalam resepi kita. Tak salah mencuba daripada hanya tahu makan sahaja...  Jahat tak kiter... kihkihkih... ha, ambik padan muka ko.



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

IdamanKu...




Waaa... baru 4 hari masuk ke tahun baru 2013. Dah ada benda gadget yang diimpikan diidamkan... Itu la dia Sony Xperia SL baru. Berangan nak guna handphone canggih-canggih. Pada hal tahu sms, mms ngan jawab phone jer. kihkihkih... Ada hati nak pakai phone yang canggih-canggih lak...




Harga??? Mak aiii... boleh tahan gak. Sebenarnya aku suka kat model Samsung, sebab bila selalu tengok Korean drama dia orang ramai yang guna Samsung Note. Cantik!!!  Tapi rasanya ramai sangat dah yang menggunakan jenama samsung ni. Pastu terlihat adik aku dah sambar satu model terbaru dari Sony yang water punyer... Tercalar hati. 

Kalau ikutkan hati yang membuak-buak ni, bulan ni gak rasanya boleh rembat satu. Satu jer la, nak beli dua tak mampu den... Tapi ada pulak komitmen lain yang lebih perlu. Hal anak-anak sekolah la, apa lagi. Sabar... Sabar... ada rezeki sat agi boleh rembat yer. (pujuk hati la tu konon...) 

Tak pa la, korang pakai la dulu... den menyusul kemudian yer... lepas-lepas raya ker sebab time tu den agak kayo cikit. Duit kutu... kihkihkih... Tahu dek laki den, mapuiii den dikejakan. Kata nak main kutu nak wat simpan... Duit belum dapat, akal dah menyimpang ke lain.

Ini la antara hal-hal duniawi... Perkara-perkara duniawi ni la yang ramai dikejar-kejar... 









◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Khamis, 3 Januari 2013

Karipap Kentang...




Selamat Tahun Baru 2013... tak terlambat lagikan nak wish... hihihi... Entry kali ni pasal 'Karipap Kentang', sebab ini request dari anak-anak yang asyik lapar perut musim ujan-ujan ni. Resepi simple jer, korek dari internet... Boleh la korang cuba untuk wat minum petang atau sarapan pagi..


 

Karipap Kentang Ranggup
Resepi  :  Ros Jintanmanis
 By: Ieda @iedafaridanyer.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam


Untuk Inti Keledek* guna kentang
Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam


Cara Membuat Doh Pastry
1.  Campurkan sedikit garam ke dalam air sejuk. Masukkan marjerin dalam tepung gandum dan sebatikan. Ia akan menjadi seperti serbuk roti. Panaskan minyak dan curah ke dalam adunan tadi. Dengan menggunakan sudu kacau bagi sebati. 
2.  Selepas itu curahkan air sejuk dan uli hingga menjadi doh. Agak-agak hingga doh menjadi lembut dan permukaan doh menjadi licin. Masukkan ke dalam plastik bersih dan perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam.  Ini penting bagi mendapatkan doh yang ranggup serta senang untuk dicanai nanti. Sementara itu boleh la membuat inti untuk karipap anda.


Cara Membuat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil. Kemudian terap doh bentuk dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA