Selasa, 26 Februari 2013

Kek Sarang Semut @ Kek Gula Hangus





Kek Sarang Semut atau ada juga yang memanggilnyer Kek Gula Hangus, sememangnyer sudah terkenal sejak dulu lagi. Lama rasanyer tak wat kek sarang semut ni. Sebenarnyer bukan susah sangat pun... dah la bahan-bahannyer pun sedikit ajer. Cara penyediaannyer pun tak sesusah mana. Cuma nak kena perapkan selama 3-4 jam untuk dapatkan sarang-sarang yang cantik tu... So pada sesapa yang nak try buat, jom saya dah siapkan resepi dan cara pembuatannyer. Selamat mencuba dan semoga berjaya... Ciyok...ciyok...ciyok...





KEK GULA HANGUS
OLEH : Ieda Farida @iedafaridanyer.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Naz @OvenKecil


Bahan untuk gula hangus :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.

Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil asen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek agak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Ieda akan kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah. 

NOTE :  Kalau rasa-rasa nak kukus kek ni pun boleh juga. Tak jadi 'kesalahan besar' cuma kek ini akan jadi lembab cikit dan rasanyer juga berlainan dengan yang dibakar. Macam gambar kat atas tu Ieda kukus sebenarnyer... hihihi... SELAMAT MENCUBA




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA