Ahad, 30 Disember 2012

Layan Lagu





Malam ni tetiba pulak nak layan lagu ni... Bestkan sarikata butiran lirik lagu tersebut. Pandai orang yang menggubahnya. Ilham kurniaan dari Allah. Best gak sebenarnya kalau si Stacy ni nyanyikan lagu-lagu berunsur balada. Selalunya yang rancak-rancak... joget-joget... Lagu Stacy yang rancak-rancak tu sebenarnya kegemaran anak dara kita. Pantang kalau dengar, badan pun nak menari la jugak ala-ala Stacy... Lirik pun walau sepantas mana Stacy nyanyi tetap boleh dihafalnya jugak...
  Lagu irama balada ni lebih releks lebih santai bagi usia macam kita ni. Tak de la nak tergedik sana tergoyang sini, wat malu jer nanti... Suami tengok pun lari... kihkihkih...



First time dengar lagu single terbaru dari artis AF ni, ingatkan penyanyi dari Seberang ~ Opick yang selalu menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan, keinsafan, kemanusiaan... Sebenarnya memang lagu ini memberi keinsafan kepada pendengar. Setiap insan di muka bumi ini tidak terlepas dari melakukan dosa. Cuba ingat kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan terutama kepada kedua ibubapa kita... Pasti anda akan menitis airmata sambil mendengar butiran lagu ini...

SyabasShahir... semoga banyak lagi lagu-lagu yang sebegini akan terus menjadi halwa teliga kita...



Haaa... ni lagu satu antara single yang terbaru. Dah jadi trend kot sekarang ni, artis kita suka memperdengarkan lagu-lagu berunsur ketuhanan kepada para pendengar dan peminat mereka. Satu perkara yang baik... tak de la telinga ni asyik nk dengar lagu-lagu cinta... lagu putus cinta jer kan. Sesekali nak berubah angin la pulak...



◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA