Ahad, 21 April 2013

Plan Menggandakan Wang




Lama rasanyer tk meng'update' n3 kt blog yg bersawang ni. Mana taknyer sibuk ngan hal2 persekolahan anak2. Sepanjang minggu lepas memang teramat sibuk, Hari Ahad dan Isnin menyiapkan anak bujang ni yg ada Perlawanan Hoki Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Paka, wakil sekolah... Elok la, dari permilihan pasukan bola sepak tk tersenarai, pergi ke badminton pun sama gak... akhirnyer rezeki kat pasukan hoki sekolah. Jadi la, at least ada gak sijil utk ke sekolah menengah nanti. Dah dia pun minat jugak sukan hoki ni, layan jer la...

Pada hari Rabu kena menghantar ke Kem Kecemerlangan UPSR yg di adakan di Awang Beach & Chalet Resort, Rantau Abang. Berkampung la dia kat sana selama 3 hari 2 malam. Sibuk sungguh dengan agenda utk pelajar UPSR ni. Ala... utk kebaikan dia juga, biar la. Ni nanti 30/4/2013 ada pulak Kem Motivasi anjuran sekolah, kt mana diadakan tk tahu lagi, tunggu jer la surat kat mana suruh dihantar nanti...

Eh... lari pulak dari tajuk kat atas ni. Sebenarnyer nk bercerita tentang 1 plan menambahkan pendapatan, lebih kurang mcm main kutu gak tp yg ni tk dela bayar bulan2 seperti 'kutu'. Sekarang ni banyak la pulak mereka ni meng'inviate' kiter kat mukabuku agar join sama. Sebenarnyer dah join pun sekadar mencuba nasib. Bayangkan melabur RM60 utk 1 lot akan dapat pulangan sebanyak RM300, tk ker seronok dibuatnyer. Dividen atau bonus dibayar kepada peserta setiap 7 lot kemasukan. Minggu pertama memang laju la plan ni, setiap hari hingga 100 lebih orang yg menyertai. Macam kiter join 3/4/2013, 3 hari jer dh dapat pulangan RM300 tu. Tk ker giler namanyer. Kalau tahu boleh dapat benda ni, akan kulaburkan sebanyak lot yg boleh. hihihihi... tamak la pulak...

Tapi harus diingatkan, plan2 seumpama ni tetap ada risiko dan kena tanggung sendiri... hehehe... Memang giler betul la, sampai ada yg masuk maxima sehari 4 lot, nk pulak dia masukkan jugak nama isteri/suami dia, kira dh sehari 8 lot. cuba didarabkan dengan RM300, berapa dapat. fuuuyoooo!!!!

Kiter pun bila dh dapat RM300 tu, g la re-entry lagi utk 2 lot. Sebenarnyer nak menolong ahli2 dibawah kita. Bila kita saling membantu, diharap plan seumpama ini dpt bertahan lama. (sebenarnyer nk menyimpan utk raya punyer budget. poyo punyer ayat...) Fikir juga mana datangnyer RM240 tu, pada hal kita hanya melabur RM60 se lot jer. Itu duit dari rakan2 yg menyumbang dengan menyertai plan tersebutkan. So jangan la bersikap pentingkan diri sendiri dan tamak. Ada juga pelabur yg dh merasa pulangan yg banyak ni tetiba hilangkn diri. Tak mahu dh nak re-entry lot membantu rakan2 yg dibawah. Maka perjalanan plan ini semakin slow tidak seperti di awal penubuhannyer. Pertama kali kiter melabur hanya dapat pulangan seawal 3 hari. Manakala yg kedua ni dh cukup 2 minggu tk nampak lagi hasilnyer. Ke tk slow namanyer. 

Tak kira bagaimana bentuk program pelaburan yg semakin banyak tubuh bak cendawan selepas hujan... sebelum menyertai fikirla semasak-masaknyer. Program sebegini hanya dijadikan sebagai side income bukan permanent income. Perlu diingat tu semua rakan2. Kerjasama dan tolong menolong perlu ada bagi mewujudkan program ini agar ianyer kekal lama bagi kebaikan semua.

p/s  ;  sesapa yg nk wat side income melalui plan2 sebegini, boleh message kiter...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tk nk komen ape2 ker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA