3 April 2013 ~ Parlimen Bubar
PARLIMEN BUBAR HARI INI, PILIHAN RAYA MESTI DIADAKAN DALAM TEMPOH 60 HARI...
Seawal jam 11 pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman pembubaran Parlimen bagi memberi lalulan Pilihan Raya Umum ke 13. Pembubaran Parlimen dilaksanakan setelah mendapat perkenan oleh Yang diPertuan Agong.
Ini bermakna pilihan raya umum mesti dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran sesebuah Parlimen. Dan 1 tarikh tetap akan diberitahu kelak bagi pelaksanaan PRU 13 setelah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengadakan mesyuarat untuk menetapkan tarikh bagi penamaan calon sekali gus tarikh mengundi.
Ekoran pembubaran Parlimen, Kabinet pimpinan Najib akan bertindak selaku 'caretaker government" atau kerajaan sementara sehinggalah terbentuk sebuah kerajaan baru. Dalam tempoh itu, kerajaan sementara tidak boleh membuat sebarang dasar atau melaksana projek baru tetapi sekadar memastikan perjalanan pentadbiran hari ke hari berjalan lancar.
Maka... setelah tarikh mengundi ditetapkan... kita sebagai rakyat Malaysia harus la berfikiran waras dan bijak dalam menentukan kerajaan yang bagaimanakah kita kehendaki demi sebuah kehidupan yang maju dan aman makmur serta berlandaskan ajaran Islam yang sebenar-benarnyer. Tepuk la dada... fikirla sedalam-dalam dan sehalusnyer... untuk kebaikan bersama....
◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tk nk komen ape2 ker...