Sabtu, 27 April 2013

GIwomi...






Fenomena 'Giwomi' semakin menjadi-jadi di Youtube. Macam-macam video yang diupload masuk, ada saja klip terkini mengenai pergerakan tangan aksi 'giwomi' ini. Artis-artis kita pun tak ketinggalan melakukan aksi comel ini. Tetapi dalam banyak-banyak video 'gowomi' yang pernah Ieda tonton, ada satu video dari sigadis comel bertudung ni, cute comeiii sangat, manja gitu. Nanti Ieda try cari dan uploadkan yer.

http://www.youtube.com/watch?v=A_fSYltOFGo ~ Haaaa, klu nak tonton just click yer link tu


Maksud Qwiyomi
♛ Gwiyomi / Kiyomi bermaksud comel/ cute

Penyanyi Asal
♛ Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB .

Maksud Lagu Gwiyomi Bahasa Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands

Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi


Lagi satu, korang perasan tak... iklan Tabung NufNang pun ada 'Giwomi.......'




◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Ahad, 21 April 2013

Plan Menggandakan Wang




Lama rasanyer tk meng'update' n3 kt blog yg bersawang ni. Mana taknyer sibuk ngan hal2 persekolahan anak2. Sepanjang minggu lepas memang teramat sibuk, Hari Ahad dan Isnin menyiapkan anak bujang ni yg ada Perlawanan Hoki Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Paka, wakil sekolah... Elok la, dari permilihan pasukan bola sepak tk tersenarai, pergi ke badminton pun sama gak... akhirnyer rezeki kat pasukan hoki sekolah. Jadi la, at least ada gak sijil utk ke sekolah menengah nanti. Dah dia pun minat jugak sukan hoki ni, layan jer la...

Pada hari Rabu kena menghantar ke Kem Kecemerlangan UPSR yg di adakan di Awang Beach & Chalet Resort, Rantau Abang. Berkampung la dia kat sana selama 3 hari 2 malam. Sibuk sungguh dengan agenda utk pelajar UPSR ni. Ala... utk kebaikan dia juga, biar la. Ni nanti 30/4/2013 ada pulak Kem Motivasi anjuran sekolah, kt mana diadakan tk tahu lagi, tunggu jer la surat kat mana suruh dihantar nanti...

Eh... lari pulak dari tajuk kat atas ni. Sebenarnyer nk bercerita tentang 1 plan menambahkan pendapatan, lebih kurang mcm main kutu gak tp yg ni tk dela bayar bulan2 seperti 'kutu'. Sekarang ni banyak la pulak mereka ni meng'inviate' kiter kat mukabuku agar join sama. Sebenarnyer dah join pun sekadar mencuba nasib. Bayangkan melabur RM60 utk 1 lot akan dapat pulangan sebanyak RM300, tk ker seronok dibuatnyer. Dividen atau bonus dibayar kepada peserta setiap 7 lot kemasukan. Minggu pertama memang laju la plan ni, setiap hari hingga 100 lebih orang yg menyertai. Macam kiter join 3/4/2013, 3 hari jer dh dapat pulangan RM300 tu. Tk ker giler namanyer. Kalau tahu boleh dapat benda ni, akan kulaburkan sebanyak lot yg boleh. hihihihi... tamak la pulak...

Tapi harus diingatkan, plan2 seumpama ni tetap ada risiko dan kena tanggung sendiri... hehehe... Memang giler betul la, sampai ada yg masuk maxima sehari 4 lot, nk pulak dia masukkan jugak nama isteri/suami dia, kira dh sehari 8 lot. cuba didarabkan dengan RM300, berapa dapat. fuuuyoooo!!!!

Kiter pun bila dh dapat RM300 tu, g la re-entry lagi utk 2 lot. Sebenarnyer nak menolong ahli2 dibawah kita. Bila kita saling membantu, diharap plan seumpama ini dpt bertahan lama. (sebenarnyer nk menyimpan utk raya punyer budget. poyo punyer ayat...) Fikir juga mana datangnyer RM240 tu, pada hal kita hanya melabur RM60 se lot jer. Itu duit dari rakan2 yg menyumbang dengan menyertai plan tersebutkan. So jangan la bersikap pentingkan diri sendiri dan tamak. Ada juga pelabur yg dh merasa pulangan yg banyak ni tetiba hilangkn diri. Tak mahu dh nak re-entry lot membantu rakan2 yg dibawah. Maka perjalanan plan ini semakin slow tidak seperti di awal penubuhannyer. Pertama kali kiter melabur hanya dapat pulangan seawal 3 hari. Manakala yg kedua ni dh cukup 2 minggu tk nampak lagi hasilnyer. Ke tk slow namanyer. 

Tak kira bagaimana bentuk program pelaburan yg semakin banyak tubuh bak cendawan selepas hujan... sebelum menyertai fikirla semasak-masaknyer. Program sebegini hanya dijadikan sebagai side income bukan permanent income. Perlu diingat tu semua rakan2. Kerjasama dan tolong menolong perlu ada bagi mewujudkan program ini agar ianyer kekal lama bagi kebaikan semua.

p/s  ;  sesapa yg nk wat side income melalui plan2 sebegini, boleh message kiter...





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Rabu, 3 April 2013

3 April 2013 ~ Parlimen Bubar




PARLIMEN BUBAR HARI INI, PILIHAN RAYA MESTI DIADAKAN DALAM TEMPOH 60 HARI...

Seawal jam 11 pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman pembubaran Parlimen bagi memberi lalulan Pilihan Raya Umum ke 13. Pembubaran Parlimen dilaksanakan setelah mendapat perkenan oleh Yang diPertuan Agong. 

Ini bermakna pilihan raya umum mesti dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran sesebuah Parlimen. Dan 1 tarikh tetap akan diberitahu kelak bagi pelaksanaan PRU 13 setelah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengadakan mesyuarat untuk menetapkan tarikh bagi penamaan calon sekali gus tarikh mengundi.

Ekoran pembubaran Parlimen, Kabinet pimpinan Najib akan bertindak selaku 'caretaker government" atau kerajaan sementara sehinggalah terbentuk sebuah kerajaan baru. Dalam tempoh itu, kerajaan sementara tidak boleh membuat sebarang dasar atau melaksana projek baru tetapi sekadar memastikan perjalanan pentadbiran hari ke hari berjalan lancar. 

Maka... setelah tarikh mengundi ditetapkan... kita sebagai rakyat Malaysia harus la berfikiran waras dan bijak dalam menentukan kerajaan yang bagaimanakah kita kehendaki demi sebuah kehidupan yang maju dan aman makmur serta berlandaskan ajaran Islam yang sebenar-benarnyer. Tepuk la dada... fikirla sedalam-dalam dan sehalusnyer... untuk kebaikan bersama....





◕‿◕✿ Terima kasih singgah baca. Kalau senang datang la lagi yer... ◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG PERIBADI MILIK IEDA FARIDA